• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Penyelidikan Sejarawan Perlu Diwujudkan

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skim penyelidikan sejarawan tempatan perlu diwujudkan bagi memastikan kesinambungan pelapis pakar sejarah di negara ini.

Bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, setakat ini kita hanya bergantung kepada empat sejarawan sebagai sumber utama mengenai sejarah tanah air.

“Sampai bila kita mahu bergantung kepada Prof. Khoo Kay Kim, Dr. Ramlah Adam, Prof. Ahmat Adam dan Prof. Wang Gang Wu?

“Kewujudan skim ini adalah inisiatif penting dalam menambahkan bilangan pengkaji sejarah yang diiktiraf serta berpengalaman bagi menjadi pakar rujuk pada masa akan datang,” katanya ketika menyampaikan Ucaptama Kongres Sejarah Malaysia III 2018 di sini, hari ini.

Kongres yang diadakan selama dua hari anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut menghimpunkan kira-kira 30 pembentang kertas kerja dan disertai 100 ahli sejarah dari seluruh negara.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Tan Sri Omar Mohd. Hashim.

Mengulas lanjut Rais berkata, antara inisiatif yang boleh diambil adalah mengadakan kerjasama dengan universiti tempatan dan luar negara.

“Dana daripada skim penyelidikan boleh disalurkan kepada universiti-universiti tempatan bagi menambahbaikkan kemudahan dan infrastruktur bagi bakal dan sejarawan yang sedia ada menjalan kajian dalam keadaan yang lebih komprehensif,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: penyelidikansejarawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Nazrin Sampaikan Geran Anugerah Merdeka Kepada 3 Penerima

03/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menyampaikan Geran Anugerah Merdeka bagi ​​​​​​International...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd