• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Sambut Baik Cadangan Malaysia Mulakan Perbincangan HSR

oleh
02/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapura menyambut baik cadangan Malaysia untuk memulakan perbincangan mengenai Projek Keretapi Laju (HSR), demikian menurut Kementerian Pengangkutan (MoT) republik ini hari ini.

Kenyataan itu berkata, kerajaan Singapura telah menerima surat daripada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertarikh 23 Julai 2018.

Ia mendedahkan bahawa dalam surat tersebut, Azmin berkata bahawa kerajaan Malaysia sedang mengkaji butiran Projek HSR dan akan memulakan perbincangan dengan Singapura tidak lama lagi.

Kenyataan itu berkata, kerajaan Singapura telah meminta melalui saluran diplomatik sejak 1 Jun 2018 supaya kerajaan Malaysia memberi jawapan bertulis menjelaskan kedudukannya mengenai Projek HSR.

Kerajaan Singapura juga menyarankan agar jika kerajaan Malaysia berhasrat untuk membincangkan Projek HSR, perbincangan itu perlu dilakukan selewatnya 31 Julai 2018, katanya.

“Sehingga 1 Ogos 2018, Malaysia tidak mencadangkan tarikh mesyuarat kepada Singapura,” kata MoT.

Mohamed Azmin dilaporkan berkata bahawa tarikh itu akan ditetapkan dan mesyuarat mungkin akan diadakan bulan ini.

Sementara itu, mengenai projek Sistem Transit Rapid (RTS), MoT berkata, ia “tidak mendengar berita dari Malaysia secara rasmi mengenai langkah yang dicadangkan bagi pembentukan syarikat usaha sama sebagai Pengendali Lingkaran RTS, dan berharap untuk menerima respons rasmi mereka tidak lama lagi. ”

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, bahawa sebuah syarikat usaha sama akan ditubuhkan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek, sebaik sahaja kelulusan diterima daripada Kabinet.

Kertas kerja mengenai projek itu akan dibentangkan kepada Kabinet dalam waktu terdekat, kata Loke.

Menurutnya, walaupun kerajaan telah bersetuju secara prinsip untuk melaksanakan projek RTS, maklumat terperinci mengenai perkara itu masih diperlukan untuk dibawa ke Kabinet untuk kelulusan.

“Kami gembira kerana Malaysia tetap komited kepada Projek RTS Johor Bahru-Singapura.

“Singapura tetap komited untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk memastikan kelancaran pelaksanaan Projek Lingkaran RTS,” kata kenyataan itu.

SMRT Singapura dan Prasarana Malaysia sepatutnya telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama untuk bagi mengendalikan lingkaran berkenaan pada 30 Jun lepas. – BERNAMA

Tags: HSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

07/01/2025
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan membabitkan projek mega terpaksa ditangguhkan pada masa ini kerana perlu menyelesaikan...

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

23/11/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Johor mahu pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura disegerakan bagi memastikan ekonomi negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd