• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Diminta Tingkat Kawalan Ujian Amali

oleh Cj Mnh
14/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perak meminta sekolah di negeri ini yang melaksanakan latihan kerja amali untuk mengambil langkah pengawalan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini terhadap pelajar sekolah.

Pengarahnya Ir Mohd Hatta Zakaria berkata antara langkah pengawalan itu termasuklah mengadakan latihan amali dalam kumpulan yang kecil supaya risiko yang dihadapi pelajar dapat diminimumkan. ​​​​

“Sekolah boleh mengadaptasikan bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada murid-murid supaya mereka berada dalam keadaan selamat apabila mengadakan latihan amali,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2018 di Bukit Merah dekat sini hari ini.

Mohd Hatta mengulas kejadian empat murid tahun dua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Maha Ganesa Viddysalal, di Sitiawan yang melecur akibat terkena air panas semasa sesi amali sains di sekolah mereka, Rabu lalu.

Katanya, pihaknya telah membuat siasatan dan mengarahkan pihak pengurusan sekolah membuat penilaian serta kawalan supaya kejadian itu tidak berulang,

Sementara itu, Hatta ketika ditanya mengenai kes kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais di Shah Alam berkata, walaupun kejadian tidak berlaku di Perak tetapi pihaknya telah mengambil data-data kilang yang menggunakan gas amonia di Perak bagi mengelak insiden serupa.

Selain itu katanya, pihaknya juga akan membuat pemeriksaan di kilang-kilang setiap 15 bulan sekali dan kilang yang gagal mematuhi arahan akan diberikan notis bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan pekerja. – BERNAMA

Tags: kawalanujian amali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Nilai Semula Kawalan Keselamatan Di Kuil Sri Maha Mariamman

10/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menilai semula tahap keselamatan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang...

Polis Ketat Kawalan Berikutan Keputusan Kes Musa

23/10/2018
0

KOTA KINABALU — Polis Sabah akan memperketatkan kawalan di dua premis bangunan berikutan pendengaran keputusan mahkamah melibatkan saman bekas Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd