• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tahu Ramai Komen Saya Ni ‘Biasa’ Je…” – Nurul

oleh Cj Mnh
09/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mendapat tempat kelima dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe New Zealand merupakan hadiah bermakna buat anak kelahiran Malaysia ini, yang menyambut ulang tahun ke-21 pada Ahad lalu.

Beliau sebelum ini disenarai pendek sebagai salah seorang 20 finalis bagi pertandingan berprestij itu, dan menjadi satu-satunya peserta dari Asia, beragama Islam dan bertudung.

Dalam acara yang berlangsung pada Sabtu malam waktu New Zealand (petang waktu Malaysia), Nurul Zuriantie Shamsul turut mencatat sejarah apabila menjadi peserta bertudung pertama yang mara ke pentas akhir bagi pertandingan itu.

“Ia merupakan hadiah yang begitu istimewa tetapi saya fikir semua sokongan dan kasih sayang yang saya terima daripada semua juga bermakna.

“Saya benar-benar terkejut mendapat kedudukan sampai ke tahap itu kerana semua peserta mempunyai pengalaman dalam peragaan dan pertandingan ratu cantik sebelum ini, sedangkan saya tiada pengalaman,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Nurul turut berkongsi mendapat hadiah hari jadi berupa barangan kemas pemberian ibu bapanya.

Sebagai satu-satunya peserta berhijab dan disenaraikan di kedudukan lima teratas, gadis Melayu berdarah campuran Indonesia ini menyifatkan ramai yang berfikir pencapaiannya adalah sesuatu yang besar memandangkan dirinya adalah orang Asia dan memakai tudung menyertai pertandingan ratu cantik di negara Barat.

Namun anak kelahiran Ampang, Selangor berharap pengiktirafan tersebut dapat memecah pemikiran stereotaip dalam dunia kecantikan.

“Saya tahu ramai memberi komen yang saya ni ‘biasa-biasa’ je, tapi saya berharap gadis-gadis tidak perlu terikut dengan standard cantik setiap hari.

“Saya mahu mereka menyayangi diri sendiri dan menerima seadanya kerana mereka sememangnya mempunyai kecantikan tersendiri,” tambahya.

Nurul yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik berkata, pada masa ini beliau mahu menumpukan pengajiannya di tahun akhir jurusan psikologi di University of Waikato, Hamilton, New Zealand.

Menggambarkan dirinya sebagai seorang yang optimistik, Nurul yang berpindah ke New Zealand sejak usianya lima tahun akan mengintai peluang dan pilihan yang terbaik untuk direncanakan pada masa akan datang.

“Saya mengimpikan untuk menjadi penceramah motivasi dan individu berpengaruh atau juga menjadi seorang model.

“Saya memberi tumpuan kepada gerakan saya yang dinamakan sebagai ‘Beyond Beauty’ yang mana saya akan membantu memperkasakan dan memberi inspirasi kepada gadis-gadis,” katanya sambil menambah dia dijangka akan berada di Malaysia dan Indonesia dari 28 Ogos sehingga 3 September ini, dalam rangka lawatannya bertemu pihak media.

Dalam pertandingan ratu cantik itu yang berlangsung di Sky City Theatre, Auckland, Nurul kelihatan anggun berhijab warna emas dan menyarungkan busana berperincian rona yang sama.

Sementara itu, peserta berusia 27 tahun, Estelle Curd dimahkotakan sebagai pemenang Miss Universe New Zealand 2018, sekali gus mewakili negara itu bagi pertandingan Miss Universe ke-67 yang bakal berlangsung di Bangkok, akhir tahun ini. – Mstar

Tags: miss universeNew Zealand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

28/11/2023
0

AUCKLAND: New Zealand bakal membatalkan larangan untuk generasi akan datang menghisap rokok yang mendapat pujian seluruh dunia, sebelum ini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd