• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Mohon Kuasa Autonomi Bidang Pendidikan

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Sabah telah mengemukakan permintaan kepada kerajaan Persekutuan untuk diberikan kuasa autonomi bidang pendidikan dalam usaha memastikan pelaksanaan dan pembangunan bidang itu diuruskan lebih cekap di negeri ini, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.

Beliau berkata perkara itu ada dibincangkan dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan permintaan itu disambut positif.

“Sabah perlu autonomi membuat keputusan sendiri (dalam bidang pendidikan), bukan untuk konfrontasi dengan pusat tetapi supaya soal hak-hak Sabah boleh diurus dan ditunaikan dengan baik.

“Kami perlu kebanyakan keputusan itu dibuat di Sabah, dasar kita masih ikut seperti yang diputuskan Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga 2035,” katanya ​​​​​​​ kepada pemberita selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah Tawau di sini, hari ini.

Berhubung lawatannya ke sebuah sekolah daif di Long Pasia, Sipitang, Yusof berkata bangunan baharu untuk sekolah itu telah dibina di bawah program teknologi sistem binaan berindustri (IBS) tetapi tidak menepati ciri kemudahan ditetapkan untuk sebuah sekolah.

“Ada bangunan asrama dibina tetapi tidak ada tandas serta bilik mandi, selain ada bangunan darjah dibina tetapi tiada bilik guru dan pentadbiran di sekolah itu.

“Ini antara sebab saya mahu kuasa autonomi untuk Sabah, kerana pegawai di sini lebih tahu dan meneliti sesuatu projek sehingga selesai, apabila sudah merancang, kita sendiri memutuskan di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Yusof berkata kerajaan memperuntukan RM500 juta pada tahun ini untuk menaik taraf 120 sekolah daif di negeri ini menerusi kaedah IBS.

“Kita ada 700 sekolah daif di Sabah dan sekolah ini harap dapat dinaik taraf dalam tempoh lima tahun,” katanya.
– BERNAMA

Tags: kuasa autonomiPendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd