• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM50 Juta Dibelanja Untuk Perolehan Aset Hadapi Banjir

oleh Ahmad Albab
06/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM50 juta telah dibelanjakan untuk perolehan aset bagi menghadapi musim tengkujuh tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata ia merangkumi pembelian antaranya bot amfibia, bot penyelamat pelbagai saiz, pacuan empat roda, lori lima dan tujuh tan serta ‘cubicle tent’.

Katanya kerajaan juga melaksanakan program pembinaan keupayaanbanjir melalui latih amal dan bengkel melibatkan pegawai daerah serta ketua polis daerah bagi mengendalikan pusat kawalan operasi bencana dan pusat kawalan tempat kejadian.

“Sesi latih amal turut diadakan kepada masyarakat dan setakat ini melibatkan 6,000 penyertaan di 12 lokasi selain libat urus bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi memastikan urusan bantuan di lokasi bencana lebih terselaras,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) mengenai langkah diambil untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir musim tengkujuh pada hujung tahun ini.

Menjawab soalan tambahan Tan mengenai langkah jangka pendek dan panjang kerajaan dalam mengurangkan kesan buruk bencana banjir, Dr Wan Azizah berkata penting bagi negara mempunyai sistem ramalan yang lebih baik serta tepat bagi mengurangkan risiko bencana.

Beliau berkata kerajaan, bagaimanapun sedang dalam proses melakukan pemodenan Pusat Arahan Bencana Kebangsaan melalui pembangunan sistem ‘Disaster Recovery Centre’ yang dijangka siap sebelum September 2019.

Beliau berkata ia adalah antara penambahbaikan dilakukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam menghadapi bencana khususnya banjir.

Katanya ‘Science & Technology Expert Panel (STEP)’ juga dilantik sebagai badan penasihat kepada NADMA bagi memperkasa dan mengarusperdanakan pengurusan risiko bencana negara, selain pelaksanaan program pembinaan kapasiti melalui program MySMART Hero dengan meningkatkan tahap kesediaan menghadapi bencana dalam kalangan guru dan murid tadika.

Sementara itu, timbalan perdana menteri berkata kerajaan juga akan berusaha melakukan penyelarasan bantuan yang lebih baik dengan NGO bagi memastikan penyaluran bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan.

“Kadang-kadang NGO ini berniat baik tetapi dilonggokkan (bantuan) dan tidak ada yang menyalurkan kepada mangsa. Kadangkala pula menjadi bahan politik, dilonggokkan semuanya dan disampaikan oleh ahli politik yang turun dan mengambil gambar (bagi publisiti),” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailOperasi Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kementerian Pertahanan Diarah Gerakkan Aset Bantu Operasi Banjir

Kementerian Pertahanan Diarah Gerakkan Aset Bantu Operasi Banjir

20/12/2022
1

BESUT : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Kementerian Pertahanan menggerakkan anggota dan aset Angkatan Tentera Malaysia...

TPM Minta Rakyat Malaysia Di Brunei Beri Sumbangan Bangunkan Negara

27/02/2019
0

BANDAR SERI BEGAWAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd