• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
14/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua berturut-turut hari ini memandangkan pelabur beralih kepada mata wang selamat susulan kebimbangan geopolitik terhadap Turki yang menyaksikan mata wang lira susut.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.0930/0970 berbanding dolar AS daripada 4.0900/0950 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata, situasi kebimbangan tersebut menjejaskan bukan hanya ringgit malah seluruh dunia, terutama pasaran pesat membangun.

“Keadaan itu dijangkakan berlarutan bagi beberapa tempoh bagaimanapun ringgit tidak akan terjejas teruk memandangkan hutang negara adalah dalam mata wang tempatan,” katanya.

Lira susut lebih 40 peratus daripada nilainya berbanding dolar AS sejak awal tahun ini susulan kemelut antara Ankara dan Washington.

Beliau berkata, peningkatan harga minyak mentah bagaimanapun akan mengurangkan kesan ke atas ringgit

Penanda aras, minyak mentah Brent meningkat kepada US$72.80 setong pada 9 pagi hari ini.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Nota tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9743/9777 daripada 2.9696/9743 pada Isnin, namun meningkat berbanding yen kepada 3.6940/6983 daripada 3.7054/7109.

Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.2227/2286 daripada 5.2139/2219 selain turun berbanding euro kepada 4.6668/6718 daripada 4.6544/6617. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sita Kapal Equanimity Ikut Prosedur Undang-Undang

Next Post

Pemandu Maut, Penumpang Parah Dalam Kemalangan

Related Posts

Harga Minyak Naik, Tapi RM Semakin Lemah – Mengapa?

04/06/2022
0

Ini adalah graf Ringgit Malaysia berbanding USD (merah) bersama graf harga minyak dunia (biru). Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Sejak dari dulu lagi,...

Ringgit Terus Merosot Pada Pembukaan

17/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan aliran penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, berikutan kebimbangan mengenai pandemik...

Next Post

Pemandu Maut, Penumpang Parah Dalam Kemalangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd