• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
06/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini berikutan permintaan belian yang lebih baik, didorong oleh peningkatan harga minyak global yang memacu sentimen pasaran terhadap unit tempatan berkenaan.

Pada 9.07 pagi ini, ringgit disebut pada 4.0750/0800 berbanding 4.0800/0850 pada Jumaat lepas.

Seorang peniaga berkata harga minyak global meningkat berikutan pengeluaran yang lebih rendah pada Julai dengan dagangan niaga hadapan minyak mentah Brent menokok lima sen kepada US$73.26 setong manakala niaga hadapan minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) naik 12 sen kepada US$68.61 setong.

Sementara itu, Penganalisis FXTM Research Lukman Otunuga menjangkakan ringgit akan pulih sedikit berbanding dolar US minggu ini dengan bersandarkan data ekonomi domestik yang positif seperti jualan runcit bulanan, kadar pengangguran, output pembinaan untuk suku kedua dan pengeluaran perindustrian pada bulan Jun yang dijadual diumumkan minggu ini.

Dalam pada itu, berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9803/9855 daripada 2.9770/9811 Jumaat lepas dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6646/6694 daripada 3.6523/6574.

Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2971/3056 daripada 5.3064/3146 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7115/7181 daripada 4.7222/7292 pada Jumaat lepas. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd