• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
01/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit beralih daripada aliran penurunannya apabila dibuka tinggi berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini dengan sentimen dipacu oleh peningkatan semula harga minyak.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada paras 4.0610/0650 berbanding dolar US daripada 4.0630/0670 yang dicatat pada Selasa.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik Oanda, Stephen Innes berkata ini juga sejajar dengan pertikaian dagangan Amerika Syarikat-China yang kini reda dan turut memulihkan sentimen risiko terhadap ringgit.

“Bagaimanapun, senario yang menghampiri mesyuarat dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC) selama dua hari, akan menyaksikan dolar US terus bertahan.

“Selain mesyuarat itu, kalangan pedagang turut berharap kepada data penggajian yang akan terus memberi sokongan kepada dolar US dan sebaliknya mengehadkan kenaikan ringgit,” katanya.

Berbanding mata wang lainnya, ringgit turut diniagakan tinggi.

Ia naik berbanding yen Jepun kepada 3.6314/6356 daripada 3.6433/6472 pada Selasa dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9814/9848 daripada 2.9829/9860.

Ringgit juga naik berbanding pound Britain kepada 5.3264/3333 daripada 5.3453/3522 dan tinggi berbanding euro kepada 4.7469/7528 daripada 4.7626/7682. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd