• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
23/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar US hari ini berikutan faktor luaran, termasuk ketegangan akibat pertikaian perdagangan AS-China yang berlanjutan.

Pada 9 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.0990/1030 berbanding dolar US daripada 4.0960/0990 sewaktu ditutup pada Selasa.

Pasaran telah ditutup pada Selasa bersempena Hari Raya Aidiladha.

Seorang peniaga berkata keputusan oleh Amerika Syarikat (AS) dan China untuk mengenakan tarif baharu bernilai US$16 bilion ke atas produk masing-masing telah mencetuskan ketidaktentuan pasaran.

“Ketika perang perdagangan itu berlanjutan, sebarang kenaikan tarif akan menyaksikan produk bernilai US$50 bilion daripada kedua-dua pihak akan dikenakan cukai termasuk kenderaan, produk pertanian dan bahan kimia,” katanya.

Menurutnya, AS juga mengancam untuk mengenakan cukai buat kali ketiga terhadap barangan tambahan China bernilai US$200 bilion, bulan depan.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9928/9969 daripada 2.9948/9977 pada Selasa dan mengukuh berbanding yen kepada 3.7011/7051 daripada 3.7135/7176.

Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada 5.2832/2908 daripada 5.2507/2553 dan rendah berbanding euro kepada 4.7409/7468 daripada 4.7182/7225, sebelumnya. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd