• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
13/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan kekukuhan dolar US di tengah-tengah ketegangan dagangan yang meningkat membabitkan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.0880/0900 berbanding dolar US daripada penutup Jumaat pada 4.0830/0870.

Seorang peniaga berkata, kadar tukaran ringgit kepada dolar US mungkin akan dikurangkan berikutan peningkatan kadar faedah Rezab Persekutuan AS.

“Peningkatan ketegangan dagangan antara AS dan China mengukuhkan dolar yang menyaksikan indeks dolar mencecah hampir kepada kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun,” tambahnya

Katanya, peningkatan minyak mentah Brent membantu mengurangkan kelemahan ringgit.

Penanda aras minyak mentah Brent meningkat kepada US$72.85 setong pada 9 pagi hari ini.

Ringgit bagaimanapun, didagangkan kebanyakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9720/9737 daripada 2.9781/9813 pada Jumaat, tetapi rendah berbanding yen Jepun pada 3.6995/7024 daripada 3.6800/6846.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.2114/2156 daripada 5.2193/2248 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6530/6556 daripada 4.6779/6837. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd