• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
24/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar US hari ini susulan kelemahan permintaan selain faktor pengukuhan dolar ketika pasaran menunggu ulasan mengenai hala tuju kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), Jerome Powell, lewat hari ini.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada paras 4.1080/1110 berbanding dolar US daripada 4.1030/1070 sewaktu ditututup semalam.

Seorang peniaga berkata pelabur akan memberi tumpuan terhadap ucapan Powell mengenai kemungkinan kadar faedah akan dinaikkan pada September ini.

“Pelabur sememangnya mengikuti rapat perkembangan itu kerana ada kemungkinan Fed akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat bulan depan selepas dua kenaikan berterusan pada bulan Mac dan Jun tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9907/9935 daripada 2.9942/9974 pada Khamis dan tinggi berbanding yen kepada 3.6860/6890 daripada 3.6994/7037.

Ringgit juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2603/2658 daripada 5.2765/2824 dan tinggi sedikit berbanding euro pada 4.7423/7466 daripada 4.743/7489. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd