• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RFID Bakal Dilancar Di Lebuh Raya Utama Bermula September

oleh Cj Mnh
08/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mulai September ini, Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) bakal melancarkan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) kepada pengguna lebuh raya utama di Malaysia.

Menurut satu kenyataan hari ini, keputusan berkenaan dibuat selepas TNGSB melakukan sesi ujian menyeluruh terhadap RFID dengan kerjasama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya di bawah pihak berkuasa lebuh raya sepanjang tahun 2017.

“Ujian perintis tambahan akan turut diadakan 3 Sept ini bagi membantu TNGSB memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul sebelum RFID digunapakai di seluruh lebuh raya negara sekitar Januari 2019,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut orang ramai yang ingin menggunakan RFID boleh mendaftar melalui laman web www.touchngo.com.my bagi mengambil bahagian dalam ujian perintis tambahan itu.

Berikutan pelancaran RFID, peranti SmartTAG tidak akan dijual lagi oleh ejen-ejen sah TNGSB bermula 8 Ogos ini tetapi peranti sedia ada, kad Touch ‘n Go dan MyKad masih boleh digunapakai pengguna lebuh raya untuk pembayaran tol seperti biasa, katanya.

Antara lebuh raya di sekitar Lembah Klang yang dilengkapi RFID ialah Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Besraya (BESRAYA).

Untuk maklumat lanjut berkenaan RFID, pendaftaran sebagai pengguna awal fasa percubaan atau mengenai perkhidmatan, pengguna boleh melayari laman web www.touchngo.com.my , emel careline@touchngo.com.my atau boleh menghubungi Touch ‘n Go Careline di talian 03-27148888. – BERNAMA

Tags: LebuhrayaRFID
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Exco DAP Tak Setuju Buang Poster Promosi LGBT

Next Post

19 Pengawal Keselamatan JPM Seleweng Dana PRU14 Direman

Related Posts

Lebuhraya Pan Borneo Dijangka Siap Lima Tahun Lagi

22/05/2022
0

Lebuhraya Pan Borneo, termasuk laluan dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo yang menghubungkan Sarawak dan Sabah, dijangka akan siap sepenuhnya dalam...

Kenderaan Bertambah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Sesak 30KM

01/05/2022
0

SHAH ALAM - Trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) merekodkan kesesakan sejauh 30.7 kilometer (KM) bermula dari Plaza Tol Gombak...

Next Post

19 Pengawal Keselamatan JPM Seleweng Dana PRU14 Direman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd