• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Renjer Perhilitan Pahang Yang Hilang Kini Sihat

oleh Cj Mnh
27/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Ahmad Tarmizi Ahmad Japli yang hilang selama dua minggu di Hutan Simpan Yong Taman Negara, dekat sini disahkan berada dalam keadaan sihat.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata setakat ini, Ahmad Tarmizi, 30, yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis hanya keletihan dan lemah berkemungkinan kerana terlalu lama berada di dalam hutan.

Katanya, pihak hospital juga telah mengambil sampel darah mangsa untuk diuji bagi memastikan kesihatannya benar-benar berada dalam keadaan baik sebelum dibenarkan pulang.

“Kami menjangkakan beliau dibenarkan keluar pada Rabu kerana kita masih mahu mengawasi keadaannya.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan gigitan haiwan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr Sha’ari menambah selain Ahmad Tarmizi, pihaknya juga memeriksa 50 pegawai dan kakitangan agensi kerajaan serta sukarelawan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Tarmizi dan semuanya disahkan tidak mengalami mengalami masalah kesihatan.

Ahmad Tarmizi dilaporkan hilang pada 11 Ogos lalu ketika menyertai program Kaji Selidik Harimau Kebangsaan Pertama selepas masuk ke hutan itu melalui Felda Kechau 11 di sini, bersama-sama tujuh rakan sekerjanya pada 9 Ogos lalu.

Kehilangannya disedari rakannya selepas menyedari mangsa tidak berada di belakangnya semasa mereka dalam perjalanan pulang ke kem.

Selepas 14 hari hilang, Ahmad Tarmizi yang merupakan bapa kepada empat orang anak ditemui pada pukul 4 petang Sabtu lalu, dalam lingkungan empat kilometer dari lokasi terakhir beliau dilihat, walaupun kawasan pencarian operasi SAR telah meliputi kawasan seluas 40 kilometer persegi hutan berkenaan.

Pencarian disertai lebih 336 anggota SAR daripada Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Udara, Unit K9, serta JBPM, Jabatan Hutan, badan bukan kerajaan dan orang awam termasuk Orang Asli .

Sementara itu, usaha untuk menemui Ahmad Tarmizi di wad hospital berkenaan tidak berjaya kerana beliau dengan sopan menolak untuk di temubual. – BERNAMA

Tags: HILANGRenjer Perhilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang remaja Britain berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas dipercayai menaiki penerbangan dari negara itu ke...

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

02/06/2025
0

Kuala Lumpur: Pengembara solo warga British dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah kelab di Bangsar, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd