• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah Punca Tanah Simpanan Melayu Berkurang

oleh
15/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan antara punca utama pengurangan Tanah Simpanan Melayu (TSM).

Ketika mendedahkan perkara itu, bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang lantas menggesa kerajaan Pakatan Harapan agar memainkan peranan bagi mengekang hal tersebut dan memastikan tanah rizab Melayu dipelihara.

Menurutnya penyalahgunaan kuasa berlaku di semua peringkat kerajaan negeri menyebabkan penyusutan tanah rizab Melayu tidak dapat dibendung meskipun terdapat dasar dan undang-undang berkaitan tanah itu di setiap negeri.

“Kuasa menukar dan membatalkan status rizab Melayu terletak di tangan eksekutif di setiap negeri, malangnya penyalahgunaan berlaku di setiap peringkat – dari peringkat atasan hingga bawahan,” katanya ketika persidangan Meja Bulat Majlis Perundingan Melayu (MPM) – Media 2018 di sini, hari ini.

“Kerajaan perlu memandang serius perkara ini kerana kita nak sekurang-kurangnya 50 peratus pemilikan TSM seperti yang telah diwasiatkan Raja-Raja Melayu dicapai. Rasuah perlu sentiasa dielakkan. Kalau tidak, ia akan menjadi barah dan memberi kesan negatif,” kata Abu Zahar, juga anggota Lembaga Penasihat MPM.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak berkata bagi mencapai 50 peratus pemilikan tanah rizab Melayu daripada jumlah yang ditetapkan, keseragaman undang-undang berkaitan tanah rizab Melayu perlu diwujudkan.

“Sekarang ini ada enam undang-undang yang berbeza antara negeri-negeri berkaitan TSM dan ini menyukarkan keseragaman undang-undang dibuat… kerajaan perlu semak balik hal ini dengan memanggil kesemua menteri besar untuk memperkenankan supaya pentadbiran tanah dibawa ke persekutuan.

“Mungkin boleh juga diadakan perbincangan bagaimana nak memperkasakan tanah rizab Melayu dengan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan tersebut.

Mohd Hasrol Haffiz berkata berdasarkan analisis pihaknya, jumlah TSM kini dianggarkan telah mencapai sebanyak 31.12 peratus (daripada jumlah ditetapkan) berbanding hanya 12 peratus pada 2013 seperti yang dilaporkan menerusi laporan Ketua Audit Negara pada 2013.

“Apabila laporan audit dikeluarkan mengenai penyusutan TSM, negeri-negeri mengambil tindakan masing-masing untuk meningkatkan tanah rizab Melayu dan saya jangka kesedaran ini telah meningkat berbanding sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Abu Zahar Ujang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Kaji Naikkan Harga Lantai Getah

Next Post

Zulkifli Sah Ketua Pengarah Baharu AADK

Related Posts

Abu Zahar Dedah DAP Punca 13 Mei 1969

27/12/2018
0

BONGKAR... Tragedi hitam yang badai negara, menyaksikan pertembungan berdarah antara kaum ketika 13 Mei 1969, berpunca akibat provokasi biadab anggota...

Tegas, Adil, Tepati Masa Faktor Senator Kagumi Abu Zahar

25/04/2016
0

KUALA LUMPUR - Sikap tegas, adil dan tidak berkompromi dengan masa adalah antara sifat dimiliki Yang Dipertua Dewan Negara, Tan...

Next Post

Zulkifli Sah Ketua Pengarah Baharu AADK

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd