• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RapidKL Lanjut Waktu Operasi Konsert Sayangi Malaysiaku 2018

oleh Cj Mnh
29/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Waktu operasi perkhidmatan LRT, MRT dan bas di beberapa stesen terpilih akan dilanjutkan pada malam 30 Ogos sehingga 1 pagi 31 Ogos sempena konsert Sayangi Malaysiaku 2018 di Dataran Merdeka.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini berkata stesen LRT dan MRT terlibat ialah LRT Masjid Jamek, LRT Bandaraya, LRT Pasar Seni dan MRT Pasar Seni.

“Perkhidmatan bas RapidKL juga akan dilanjutkan operasi dari hab bas Pasar Seni dengan bas terakhir berlepas 15 minit selepas tren terakhir berlepas,” menurut kenyataan itu.

Laluan terlibat adalah ke Taman Jasa Utama (nombor laluan 173), Taman Melawati (220), Pandan Mewah (300), Terminal Kajang (450), Taman Sri Muda (751), Taman Medan (781), Taman Sri Manja/Taman Sri Sentosa (640), Puchong Utama (600), Kota Damansara (780) dan Taman Dato’ Senu (180).

“Lima bas pengantara MRT pula akan beroperasi sehingga 2 pagi melibatkan nombor laluan T801 (MRT Kwasa Sentral-Subang Bestari), T102 (MRT Sungai Buloh-Aman Putri), T103 (MRT Sungai Buloh-Damansara Damai), T460 (Bandar Teknologi Kajang-MRT Stadium Kajang), dan T464 (Teras Jernang-MRT Kajang,” kata kenyataan itu.

Menurut Prasarana, stesen LRT dan MRT lain akan menamatkan operasi seperti biasa namun pengguna masih boleh keluar melalui stesen tersebut.

“Bagi memudahkan perjalanan, Prasarana menyarankan agar pengguna menggunakan kad Touch ‘n Go bagi mengelakkan kesesakan di mesin token dan diminta mematuhi peraturan ketika berada di stesen,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi khidmat pelanggan Prasarana di talian 03-78852585.     – BERNAMA

Tags: operasiRapid KL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

26/10/2025
0

Kuala Lumpur: Beberapa stesen Rapid KL ditutup sementara hari ini antara jam 4 hingga 6 petang atas faktor keselamatan sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd