• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramdan Fokus Perlumbaan Di Teluk Intan

oleh
29/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOHD Ramdan Mohd Rosli akui sudah bersedia menebus kehilangan mata kejuaraan pada pusingan lepas dengan meletakkan sasaran untuk menamatkan perlumbaan di atas podium pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, 1 dan 2 September ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu terlepas aksi pusingan keempat di Temerloh apabila terpaksa menarik diri setelah bapanya terlibat dengan kemalangan beberapa hari sebelum perlumbaan sekaligus menyebabkannya kehilangan banyak mata kejuaraan.

Selepas empat pusingan, pelumba kelahiran Selangor itu kini berada di tangga ke-10 keseluruhan dengan 22 mata.

“Antara keluarga dan perlumbaan ketika itu, saya membuat keputusan untuk menjaga bapa yang terpaksa menjalani pembedahan di hospital akibat kemalangan jalan raya. Walaupun kehilangan banyak mata kejuaraan, namun saya tidak terlalu memikirkannya, sebaliknya hanya mahu menumpukan kepada perlumbaan berbanding kedudukan keseluruhan,” jelas pemenang tempat ketiga keseluruhan CP150 musim 2017 itu.

Tambahnya, “Perlumbaan di Teluk Intan minggu ini sangat penting kepada saya. Saya masih belum menaiki podium pada tahun ini dan pada masa sama, rekod saya di litar itu juga tidak begitu baik. Musim lepas saya hanya tamat di kedudukan ke-11 berjaya mendahului perlumbaan sebelum terjatuh.” – MYNEWSHUB.TV

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd