• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Buah Rangsang Kesuburan Sperma

oleh Ahmad Albab
04/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKARANG banyak durian dijual di pinggir jalan dan lokasi lain dengan harga murah termasuk spesies durian Musang King sehingga ramai teruja untuk makan semahu-mahunya.

Hakikatnya, makan durian pada kadar berpatutan bermanfaat untuk kesihatan, tetapi jika berlebihan pula boleh mengundang mudarat.

Profesor Perubatan dan Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Dr Muhammad Tauffik Mohd Noor, berkata durian adalah buahan-buahan tempatan yang berkhasiat, ada banyak kelebihan dan keburukan.

Beliau yang juga Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Pakar Kesihatan USIM berkata, dari segi kebaikan, durian boleh meningkatkan paras estrogen pada wanita dan memperkuatkan motiliti sperma lelaki, sekali gus merangsang kesuburan pasangan.

Durian mengandungi zat besi dan folik asid yang akan menambahkan sel darah merah dan ini penting kepada tumbesaran janin bagi wanita hamil,” katanya

Agen antipenuaan

Kajian juga menunjukkan durian sebagai agen kecantikan, iaitu mengandungi vitamin C yang membantu ketahanan badan atau imuniti seseorang.

Selain pelbagai vitamin tinggi, ia juga mengandungi kandungan nutrien dan bahan kimia organik yang berfungsi sebagai antioksidan bagi mencegah atau melawan kanser.

Dr Muhammad Tauffik berkata, durian boleh membuang radikal bebas dalam badan dan melambatkan proses penuaan pada usia awal kerana kulit seseorang akan kurang berkedut dan kelihatan cantik.

Pada masa sama, ia mengandungi asid amino dikenali sebagai ‘tryptophan’ yang diperlukan untuk meningkatkan paras serotonin dan melatonin.

“Kedua-dua bahan neuro-kimia ini penting dalam menstabilkan emosi seseorang yang mengalami masalah kemurungan dan membantu kestabilan dalam proses tidur pada waktu malam.


PROF Dr Muhammad Tauffik Mohd Noor. – Foto Wan Nur Amirah Wan Mohamed Redza

Durian potasium tinggi

Beliau berkata, kajian menunjukkan durian memiliki glukos dan karbohidrat yang boleh menghasilkan sumber tenaga dalam kadar segera.

“Durian mengandungi serat yang tinggi, membantu proses penghadaman dan pembuangan najis sekali gus mengatasi masalah sembelit,” katanya.

Raja buah itu juga memiliki kandungan potasium yang tinggi dan kalsium untuk pembentukan tulang dan penumbuhan gigi.

“Semua kebaikan ini diperoleh jika penggemar durian mengawal pemakanan secara sederhana. Jika berlebihan ia boleh memberi kesan kesihatan terutama mereka yang sudah menghidap penyakit tertentu,” katanya.

Bahaya untuk pesakit diabetes

Keburukan makan durian terlalu banyak menyebabkan paras glukosa dalam badan meningkat dan mendatangkan komplikasi kepada pesakit kencing manis.

Malah, ia juga berisiko mendapat serangan sakit jantung disebabkan paras glukosa yang tinggi.

Prof Dr Muhammad Tauffik, berkata durian mengandungi potasium yang tinggi dan bagi pesakit yang mengalami masalah jantung dan buah pinggang, selain boleh mengakibatkan komplikasi yang tidak diingini.

Bagi pesakit kencing manis dinasihatkan memakan satu atau dua ulas sahaja agar paras glukosa tidak meningkat mendadak.

“Memakan durian bersama meminum alkohol boleh menyebabkan hati bekerja keras untuk proses metabolisma.

“Selain itu, ia juga memberi kesan kepada penghadaman menyebabkan kembung atau perut tidak selesa.

“Durian mengandungi sulfida menyebabkan badan berasa panas dan mudah mengalami dehidrasi sekiranya tidak meminum air yang mencukupi,” katanya. – BH ONLINE

Tags: DURIANPerubatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

840,000 PATI Serah Diri Menerusi Program 3+1

Next Post

Jabatan Kesihatan Terengganu Nafi Pasar Raya Positif HFMD

Related Posts

KKM Alu-Alukan Pemohonan Percubaan Klinikal Produk Ekstrak Kanabis Untuk Perubatan

KKM Alu-Alukan Pemohonan Percubaan Klinikal Produk Ekstrak Kanabis Untuk Perubatan

28/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) mengalu-alukan permohonan untuk menjalankan percubaan klinikal ke atas keluaran mengandungi ekstrak kanabis bagi apa-apa...

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Next Post

Jabatan Kesihatan Terengganu Nafi Pasar Raya Positif HFMD

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd