• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Kutuk Idea Projek Kereta Nasional 3

oleh
07/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIBAI… Selepas sah bertanding satu lawan satu bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Rafizi Ramli mula hala kritikan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini bermula dengan kutuk projek kereta nasional 3.0 yang dicadang oleh perdana menteri ketujuh itu setelah projek kereta nasional 1.0 dicetuskan perdana menteri keempat lalu gagal apabila dijual kepada kroni pemimpin terbabit.

Naib Presiden PKR itu menegaskan bahawa idea itu bukan sahaja tidak popular dan diterima secara sinis oleh rakyat terbanyak, tetapi juga bertentangan dengan tawaran manis daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri.

“Tidak ada mana-mana bahagian di dalam kempen PH atau manifesto PH sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang menyelitkan usaha mewujudkan perusahaan kereta nasional yang ketiga,” tegas Rafizi dengan nada kesal.

Beliau malahan mempersoalkan sama ada pihak kerajaan baharu sudah ada perancangan khusus berhubung kesediaan melancarkan projek kerajaan nasional itu dalam masa terdekat.

Ini memandangkan tempoh masa khusus pelaksanaan projek tersebut, sebelum tahun 2020, telah diumumkan sendiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Yusof, pada minggu lalu.

Untuk rekod, media tempatan melaporan Mohd. Redzuan, pada Sabtu lalu, berkata, kerajaan PH bersedia melancarkan “projek kereta nasional 3.0” menjelang 2020 seperti dibayangkan Mahathir.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi juga menegaskan, memandangkan perkara itu berkaitan dasar, ia sewajarnya dibawa kepada mesyuarat Majlis Presiden PH terlebih dahulu, sebelum dilaksanakan jemaah Kabinet.

Rafizi sebaliknya menegaskan bahawa PH telah berjanji konon mahu menghapuskan cukai eksais bagi menurunkan harga kereta di pasaran, bukan berusaha mewujudkan perusahaan kereta nasional ketiga.

Katanya, sejak Buku Jingga ditulis dalam tahun 2010, komitmen penghapusan duti eksais kereta, yang dilihat mereka sebagai sangat membebankan rakyat, tidak pernah berubah.

“Platform dasar yang mahu menghapuskan cukai eksais demi menurunkan harga kereta ini tidak pernah berubah selepas PH ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan.

“Tidak ada mana-mana bahagian di dalam kempen PH atau manifesto blok politik ini yang menyelitkan usaha bagi mewujudkan perusahaan kereta nasional yang ketiga,” katanya.

Menurut Rafizi, cukai eksais banyak dikaitkan dengan usaha melindungi kereta-kereta nasional yang akhirnya menyebabkan harga kereta import lebih mahal berbanding negara-negara lain.

Beliau justeru membangkitkan sama ada idea untuk menubuhkan perusahaan kereta nasional yang ketiga akan mendatangkan kesan kewangan yang besar kepada rakyat.

Berikut tiga persoalan yang dibangkitkan Rafizi:

1. Berapa pelaburan yang perlu dibuat menggunakan dana awam?
2. Badan kerajaan mana yang akan ambil tanggungjawab laksana projek ini?
3. Adakah kerajaan berhasrat hapus cukai eksais untuk kurang harga kereta, apabila kereta nasional ketiga dilancarkan? – Mynewshub.TV

Tags: kereta nasionalRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd