• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puluhan Maut Serangan Udara Di Yaman

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADEN – Berpuluh orang maut termasuk kanak-kanak yang menaiki bas maut apabila kenderaan itu menjadi sasaran serangan udara pasukan gabungan Saudi di wilayah Saada, semalam, kata pegawai kesihatan Yaman dan pegawai kesihatan dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Menurut kenyataan pasukan gabungan itu, serangan berkenaan disasarkan kepada pelancar peluru berpandu milik kumpulan Huthi yang digunakan untuk menyerang bandar Jizan di selatan Saudi, sehingga membunuh seorang penduduk awam Yaman di sana, Rabu lalu

Pasukan itu turut menuduh puak Huthi yang mendapat sokongan Iran menggunakan kanak-kanak sebagai perisai dan berkata, serangan udara berkenaan dilaksanakan selaras dengan peraturan kemanusiaan antarabangsa.

Jurucakap Huthi, Mohammed Abdul-Salam berkata, pasukan gabungan terbabit dengan jelas membuktikan bahawa mereka tidak menghiraukan nyawa orang ramai apabila melakukan serangan di kawasan awam yang sibuk di wilayah itu.

Menurut ICRC, serangan udara itu berlaku ke atas sebuah bas yang membawa kanak-kanak di pasar Dahyan, di utara Saada.

“Kedai kami dibuka dan pelanggan sedang membeli-belah seperti biasa. Semua yang maut adalah penduduk tempatan, kanak-kanak dan pemilik kedai,” kata seorang saksi, Moussa Abdullah ketika ditemui di hospital.

ICRC dalam kenyataan di Twitter juga berkata, pasukan perubatan mereka di Saada menerima 29 mayat kanak-kanak, kesemuanya berusia di bawah 15 tahun dan turut menerima 48 mangsa yang tercedera, termasuk 30 kanak-kanak. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Serangan UdaraYaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Pintas Serangan Udara Israel, Lapor Kerosakan Terhad

Iran Pintas Serangan Udara Israel, Lapor Kerosakan Terhad

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Iran menyatakan bahawa serangan udara Israel yang menyasarkan pusat-pusat ketenteraan di Tehran, wilayah barat Ilam serta wilayah...

Kes Bella: Tiga Direman Bantu Siasatan Penemuan Rangka

AS Lancar Serangan Baharu Ke Atas Pelancar Peluru Berpandu Anti-Kapal Houthi

20/01/2024
0

WASHINGTON: Washington: Amerika Syarikat (AS) melancarkan gelombang baharu serangan udara terhadap Houthi yang berpangkalan di Yaman, dengan menyasarkan pelancar peluru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd