• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK DUN Seri Setia Ujian Keikhlasan UMNO Bantu PAS

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Seri Setia menjadi ujian buat anggota UMNO menunjukkan keikhlasan membantu calon PAS, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Beliau juga menyifatkan bantuan itu sebagai wajar memandangkan PAS telah memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding pada PRK Sungai Kandis awal bulan lalu, menentang PKR.

“Kenapa sekarang UMNO baru hendak berbaik dengan PAS? Ini kerana kita ada banyak persamaan dengan PAS apabila kita ditekan dengan pelbagai isu melibatkan agama, raja dan hak istimewa orang Melayu,” katanya.

Mohd Sharkar yang juga Ketua Bahagian UMNO Temerloh berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Sukarelawan Badan Bukan Kerajaan Wanita Islam dan Parti Politik Solidariti Tolak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di sini, hari ini.

Beliau juga berharap penyokong PAS boleh menerima bahawa rencah politik pada masa kini memerlukan kedua-dua parti bergerak seiring dalam beberapa isu.

“Kita kena berfikir di luar kotak dan berpolitik lebih matang… sebab itu saya sarankan kerjasama ini bukan hanya di peringkat tertinggi tetapi turut meliputi akar umbi,” katanya.

PRK Seri Setia diadakan ekoran kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu akibat barah usus yang dihidapinya sejak dua tahun lepas.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Shaharuddin yang mewakili PKR menang dengan majoriti 19,372 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK DUN Seri Setia diadakan pada 8 September ini dengan proses penamaan calon berlangsung esok. – BERNAMA

Tags: PRK Seri SetiaUMNO-PAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rapid Bas Tubuh Pasukan Khas Tuntutan Insurans

Next Post

Apa Motif DAP Mahu Kafir, Pondan Ada Dalam Jakim?

Related Posts

100 Perenggan Kerjasama UMNO-PAS Kalahkan PH

19/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini menulis sebanyak 100 perenggan tentang kerjasama strategik...

MCA Tidak Perlu Bimbang Kerjasama UMNO-PAS

18/09/2018
0

MCA tidak perlu bimbang dengan hubungan kerjasama politik antara UMNO dan PAS kerana pada hakikatnya, akan berlaku peningkatan dan perpaduan...

Next Post

Apa Motif DAP Mahu Kafir, Pondan Ada Dalam Jakim?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd