• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Balakong: PH Beri MCA Tempoh 24 Jam Minta Maaf

oleh Ahmad Albab
27/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALAKONG – Pakatan Harapan (PH) menuntut MCA dan calonnya pada pilihan raya kecil Balakong untuk memohon maaf segera kepada DAP kerana menuduh DAP merosakkan bahan kempennya.

Pengerusi PRK Balakong Ean Yong Hian Wah berkata PH memberi tempoh 24 jam kepada MCA untuk meminta maaf dan menarik balik tuduhan mereka yang tidak berasas itu.

“Kalau tidak, kita akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Chee Teong (calon MCA),” katanya kepada media di pusat gerakannya di sini, hari ini.

Turut hadir calon PH Wong Siew Ki dan Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng.

Minggu lepas, perang mulut antara kedua-dua parti bertanding tercetus apabila Tan dalam satu sidang akhbar telah menuduh PH dan DAP merosakkan gegantung kempennya.

Susulan itu, Wong juga telah membuat laporan polis untuk menyangkal tuduhan itu.

Ean Yong yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan berkata walaupun didesak, sehingga kini MCA juga masih gagal mengemukakan bukti bagi dakwaan mereka itu.

“Ini jelas menunjuk politik kotor yang dimainkan oleh pihak MCA. Adakah ini merupakan cara semak dan imbang yang diwar-warkan oleh MCA?,” katanya. – BERNAMA

Tags: pakatan harapanPRK Balakong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd