• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Geng Rohingya Aktif Jenayah Samun

oleh Ahmad Albab
27/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menahan lima suspek warga Rohingya dipercayai aktif melakukan jenayah samun dan pecah rumah di empat buah negeri termasuk Negeri Sembilan sejak tahun 2013.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata suspek iaitu empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun itu ditahan pada 26 Julai lepas dalam beberapa siri tangkapan Op Cantas Rohingya di sekitar Ampang dan Seremban.

Katanya kesemua suspek yang hanya memiliki kad UNHCR itu dipercayai melakukan jenayah itu di sekitar negeri ini, Selangor, Pahang dan Melaka.

“Dalam tangkapan itu, kita turut merampas antaranya satu pucuk pistol tiruan, sebilah parang panjang, wang tunai RM4,302 dan 13 unit pelbagai​​​​​​ barangan kemas.

“Mereka dipercayai melakukan jenayah samun dan pecah rumah dengan mensasarkan rumah-rumah yang tidak berpenghuni dengan cara mengumpil pintu atau tingkap rumah serta bergerak dengan sebuah kereta yang disewa seramai dua hingga empat orang pada satu masa,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Noor Azam berkata pemeriksaan cap jari kesemua suspek telah dibuat dan didapati mereka terlibat dengan 11 kes pecah rumah dan termasuk satu kes di Linggi, Port Dickson sehari sebelum ditahan.

“Kita masih teruskan operasi khas ini bagi mengesan dua lagi suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk rumah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Noor Azam berkata polis turut menahan dua lelaki berusia 25 dan 32 tahun pada 16 Ogos lepas, dipercayai terlibat kes samun dan menyamar sebagai anggota polis.

“Mereka ditahan di sebuah hotel bajet di Taman Semarak, Nilai ekoran satu aduan samun yang berlaku di Seremban pada hari sama.

“Dalam serbuan itu, polis merampas enam buah telefon bimbit, dua dompet berjenama dan wang tunai RM280. Suspek juga didapati terlibat tiga kes samun di Port Dickson dan Seremban pada hari tangkapan dibuat ke atas suspek,” katanya.

Katanya ketika melakukan jenayah itu, suspek didapati menyamar dengan memperkenalkan diri sebagai polis dan menjadikan warga asing sebagai mangsa. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Geng SamunRohingya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Musa Aman Masih Dirawat Di Hospital

Next Post

Cukai Minuman Ringan, Tapi Turunkan Harga Gula?

Related Posts

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

03/12/2024
0

SEREMBAN - Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di...

Pemuda Rohingya Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Pemuda Rohingya Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

13/08/2023
0

DUNGUN : Seorang pemuda Rohingya yang dikhuatiri hilang ketika mencari kepah di muara Sungai Paka, di sini, tiga hari lalu...

Next Post

Cukai Minuman Ringan, Tapi Turunkan Harga Gula?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd