• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 3 Individu Terlibat Lebih 200 Kes Macau Scam

oleh
05/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tiga individu termasuk dua wanita disyaki anggota sindiket Macau Scam yang terlibat dengan lebih 200 kes penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM4.5 juta, berjaya ditahan di Pulau Pinang Selasa lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri A.Thaiveegan berkata tiga individu berusia 20 hingga 21 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar negeri ini selepas polis menerima laporan daripada seorang pensyarah sebuah universiti di Geogre Town yang ditipu sindiket berkenaan.

“Pensyarah berusia 58 tahun itu kerugian lebih RM300,000 selepas dihubungi sindiket berkenaan yang menyamar sebagai pegawai kastam dan polis dari Alor Setar, Kedah yang mendakwa lelaki tersebut terlibat aktiviti pengubahan wang haram serta penyeludupan telefon dari Thailand.

Mangsa telah diminta oleh sindiket itu untuk membuat pemindahan ke dalam akaun yang di dakwa di sediakan oleh pihak sekuriti Bank Negara Malaysia jika tidak mahu ditahan polis sebelum diarahkan memindahkan RM10,000 ke satu akaun seorang wanita kerana mereka mendakwa kes pensyarah tersebut tidak dapat diselesaikan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pensyarah itu menyedari dia ditipu selepas tidak dapat lagi menghubungi pegawai polis dikenali sebagai Sarjan Nor Zam sebelum bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada Selasa.

Thaiveegan berkata berikutan laporan polis yang dibuat lelaki itu, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Casa Idaman di Bukit Mertajam dan menahan seorang wanita iaitu pemilik akaun bank yang mangsa memindahkan wangnya dan hasil soal siasat pihaknya menahan rakan wanita berkenaan diTaman Penaga, Kepala Batas.

“Wanita pertama itu mengaku telah membuat pengeluaran wang dari akaunnya dan memberikan kepada rakannya kerana mendakwa ia adalah duit dari teman lelaki wanita kedua yang bekerja di luar negara manakala suspek (kedua) pula memaklumkan wang tersebut telah diserahkan kepada seorang kenalan lelakinya,” katanya.

Katanya polis kemudiannya menahan lelaki itu di Seberang Jaya dan hasil soal siasat suspek mengaku mereka adalah anggota sindiket Macau Scam dan telah keluar negara sebanyak tiga kali iaitu Jepun dan Dubai dengan menggunakan wang yang diperoleh daripada penipuan itu.

Beliau berkata suspek lelaki itu turut mengaku terlibat dalam sindiket Macau Scam bersama beberapa lagi rakannya yang masih bebas sejak November tahun lepas dengan menyamar sebagai pegawai polis, kastam atau bank untuk menipu mangsa.

“Siasatan mendapati sindiket itu terlibat sebanyak 14 kes membabitkan kerugian RM486,050 di Pulau Pinang manakala 212 kes di seluruh negara sehingga mangsa kerugian RM4.5 juta. Polis percaya ramai lagi yang menjadi mangsa mereka dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Katanya tiga individu itu kini reman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keputusan PRK Sungai Kandis, Isyarat Rakyat Tolak PH

Next Post

Lim Minta Najib Kemuka Bukti Bayaran Gaji Arul Kanda

Related Posts

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

26/05/2023
0

KUANTAN: Keinginan seorang kontraktor untuk bergelar ‘Datuk Seri’ terkubur apabila kerugian sehingga RM571,000 akibat terpedaya dengan penipuan sindiket Macau Scam....

Juru Kimpal Rugi RM339,900 Ditipu Macau Scam

Juru Kimpal Rugi RM339,900 Ditipu Macau Scam

21/02/2023
0

KUALA KRAI: Seorang juru kimpal kerugian RM339,900 dipercayai ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai polis pada 17 Januari lalu. Ikuti...

Next Post

Lim Minta Najib Kemuka Bukti Bayaran Gaji Arul Kanda

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd