• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selangor Tumpas Tiga Sindiket Macau Scam

oleh
21/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor berjaya menumpas tiga sindiket penipuan ‘Macau Scam’ yang menyasarkan warganegara China dan tempatan sebagai mangsa dalam tiga serbuan di Petaling Jaya, Serdang serta Subang Jaya, antara 3-12 Ogos lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah kondominium mewah di Damansara pada 3 Ogos, dengan penangkapan 23 warga China dan rampasan 80 unit telefon bimbit, 20 unit komputer riba, router, boardband serta skrip-skrip dalam bahasa Mandarin.

“Modus operandi suspek adalah berperanan sebagai operator di ‘call center’ yang menyasarkan warganegara China sebagai mangsa. Kumpulan ini baru sahaja mula beroperasi tahun ini setelah dilatih dan diberi gaji RM3,000 sebulan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam serbuan kedua di kawasan Seri Kembangan, Serdang pada 7 Ogos, beliau berkata seramai 23 warganegara China ditangkap dengan rampasan 97 buah telefon bimbit, 15 unit komputer beserta buku dan nota bertulis.

Katanya, kumpulan itu turut menggunakan modus operandi sama dengan berperanan sebagai operator di ‘call center’ yang menyasarkan warga China menggunakan aplikasi Facebook dan Wechat dalam bahasa Mandarin.

Bagi serbuan ketiga di Subang Jaya pada 12 Ogos lepas, Mazlan berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Thailand selain merampas enam unit telefon bimbit, 36 keping kad ATM pelbagai bank tempatan dan 73 keping kad sim pelbagai jenis serta buku nota mengandungi maklumat akaun bank.

“Modus operandi suspek berperanan mengendalikan pemindahan wang menggunakan pemilik akaun bank tempatan. Menerusi tangkapan ini, pihak kami berjaya menyelesaikan 18 kes melibatkan mangsa terdiri daripada warga tempatan dengan jumlah kerugian mencecah RM6.3 juta,” katanya.

Menurut Mazlan, pihaknya memandang serius terhadap kes melibatkan ‘Macau Scam’ yang berlaku di Selangor, di mana sehingga semalam, 523 kes dicatatkan melibatkan kerugian lebih RM29 juta bagi tahun ini.

Berdasarkan analisis oleh pihaknya, beliau berkata, golongan masyarakat yang berusia lebih 51 tahun paling mudah terpengaruh dengan penipuan itu iaitu seramai 176 orang, diikuti golongan berumur 31 hingga 40 tahun seramai 128 orang.

“Berdasarkan analisis kita juga, daripada 523 orang itu, kaum Melayu paling ramai terpengaruh iaitu seramai 242 orang dan golongan pekerja yang paling mudah terpengaruh adalah pekerja swasta iaitu kira-kira 319 orang.

“Polis akan teruskan usaha untuk melumpuhkan sindiket ini, dan pada masa sama kami nasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen dan agensi penguatkuasaan yang lain serta pihak Bank Negara dan bank-bank tempatan serta asing,” katanya. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Shahril Lapor Diri Sebagai Pengarah Urusan Baharu Khazanah

Next Post

Sabah Perlu Diberi Perhatian Sama Rata Dengan Semenanjung

Related Posts

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

Warga Emas Gagal Dapat Gelaran ‘Datuk Seri’, Rugi RM571,000

26/05/2023
0

KUANTAN: Keinginan seorang kontraktor untuk bergelar ‘Datuk Seri’ terkubur apabila kerugian sehingga RM571,000 akibat terpedaya dengan penipuan sindiket Macau Scam....

Juru Kimpal Rugi RM339,900 Ditipu Macau Scam

Juru Kimpal Rugi RM339,900 Ditipu Macau Scam

21/02/2023
0

KUALA KRAI: Seorang juru kimpal kerugian RM339,900 dipercayai ditipu individu yang menyamar sebagai pegawai polis pada 17 Januari lalu. Ikuti...

Next Post

Sabah Perlu Diberi Perhatian Sama Rata Dengan Semenanjung

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd