• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pocket Rocketman’ Raih Gangsa Acara Keirin

oleh
31/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal menambah koleksi pingat emas apabila menduduki tempat ketiga dalam acara keirin pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Velodrom Antarabangsa Jakarta hari ini.

Pada saingan hari ini, juara keirin dunia 2017 itu yang memenangi pingat emas dalam acara pecut semalam, gagal meneruskan kayuhan cemerlangnya untuk berada dalam kedudukan teratas podium, dan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Mohd Azizulhasni yang meraih gangsa pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, mencatat masa 10.203 saat di belakang pemenang pingat emas, Jai Angsuthasawit dari Thailand (10.029s) dan pelumba Jepun, Yudai Nitta yang ketinggalan hanya ​​​​​​​0.003s untuk meraih pingat perak.

Bercakap kepada pemberita selepas perlumbaan, Mohd Azizulhasni mengakui kecewa dengan pencapaian tersebut kerana percaya mampu mencatat keputusan lebih baik.

“Keputusan yang menyedihkan sebab saya yakin boleh dapat pingat emas dan persembahan saya juga berada di tahap terbaik. Daripada awal saya simpan tenaga dan tidak mahu menggunakan sepenuhnya sehingga ke final.

“Ia bertambah ralat apabila saya menamatkan perlumbaan final ini tanpa saya berasa penat. Saya tidak menggunakan seluruh tenaga. Saya tidak dapat nak melakukan pecutan terakhir sebab saya tidak mempunyai ruang dan jika saya tetap berbuat demikian, perlumbaan saya mungkin dibatalkan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Malaysia – Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan saingan acara itu di tempat ketujuh. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembeli Perlu Fahami Dasar Perumahan Negara Elak Risiko

Next Post

Mohd Fauzi Penyumbang Emas Termuda

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

Mohd Fauzi Penyumbang Emas Termuda

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd