• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Itali Umum Perintah Darurat Setahun

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENOA – Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengisytiharkan darurat selama 12 bulan di sini, hari ini susulan insiden jejambat runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang.

“Dalam satu mesyuarat kabinet yang diadakan, kami sudah bersetuju mengisytiharkan darurat selama 12 bulan dan menyediakan peruntukan bernilai lima juta euro (RM23.4juta) untuk tabung kecemasan kebangsaan,”kata Conte ketika sidang media di bandar pelabuhan barat selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira sejam.

Conte juga mengesahkan hasrat kerajaan untuk membatalkan kontrak dari firma sektor swasta Autostrade per l’Italia, yang bertanggungjawab mengendalikan dan menyelenggara jambatan dan lebuh raya bertol A10.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Itali, Danilo Toninelli dan Timbalan Perdana Menteri, Luigi Di Maio dan Matteo Salvini mengumumkan langkah itu hari ini.

Kementerian Pengangkutan itu mengesahkan kepada AFP bahawa kontrak A10 adalah satu-satunya lebuh raya sedang dilihat ketika ini.

“Tragedi ini tidak dapat diterima dalam masyarakat moden dan kerajaan akan melakukan segala-galanya untuk mencegah perkara ini daripada berlaku.

“Kami sudah mengumumkan bahawa kami akan memulakan proses membatalkan konsesi Autostrade,” kata Conte. – AFP/BH ONLINE

Tags: daruratItali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

28/02/2026
0

MILAN — Suasana pagi di bandar Milan bertukar kecoh apabila sebuah trem terbabas sebelum merempuh bangunan di kawasan bandar pada...

Italy Hantar Kapal Perang Ke Laut Mediterranean Selepas Serangan Dron Ke Atas Konvoi GSF

Italy Hantar Kapal Perang Ke Laut Mediterranean Selepas Serangan Dron Ke Atas Konvoi GSF

25/09/2025
0

Italy Hantar Kapal Perang Ke Laut Mediterranean Selepas Serangan Dron Ke Atas Konvoi GSF

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd