• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLKN: Lebih RM8 Bilion Dibelanjakan

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan membelanjakan RM8.43 bilion bagi pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ia dimulakan pada 2004.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata perbelanjaan tertinggi iaitu 43 peratus adalah untuk penyewaan kem-kem latihan.

“Sepanjang 14 tahun pelaksanaannya, seramai 885,956 belia berjaya dilatih dan daripada jumlah itu seramai 356,411 bekas pelatih telah menyertai briged sukarelawan khidmat negara,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Wong Hon Wai (DAP-Bukit Bendera) mengenai jumlah perbelanjaan akumulatif PLKN dan hasilnya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata walaupun manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas menyatakan program itu akan dibatalkan, namun kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menilai semula keberkesanan dan implikasi penutupan program itu sebelum membuat keputusan.

Mohamad berkata ia berikutan beberapa kajian bebas yang dilakukan pelbagai pihak antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2010 dan Universiti Sains Malaysia pada 2014 mendapati program PLKN memberi peningkatan positif kepada sifat patriotisme dan integrasi nasional peserta.

“Kita mengambil pandangan taruh seperti ibu bapa, bekas pelatih dan agensi yang berkaitan. Satu kajian semula sedang dilaksanakan kementerian bagi menilai keberkesanan dan implikasi penutupan PLKN sebelum keputusan akhir diputuskan,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun katanya sekiranya program yang diilhamkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Pertahanan pada ketika itu diteruskan, terdapat beberapa perkara perlu diperbaiki termasuk ketirisan penyelenggaraan dan kokurikulum PLKN.

“Kita lihat dari sudut perbelanjaan misalnya kalau hendak diteruskan mana yang boleh kita potong. Soal sewa kem, sewa bas misalnya kenapa begitu tinggi dan ke mana belia-belia ini selepas kursus? Adakah mencapai apa yang dikehendaki dalam tujuan pewujudannya?

“Saya yakin kalau ia diuruskan dengan betul dengan kokurikulum yang mantap, tutup segala ketirisan, program ini boleh memberi faedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: perbelanjaanPLKN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd