• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pinda Undang-Undang Mati Mandatori

oleh Cj Mnh
01/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan perlu meminda semula undang-undang berkaitan hukuman mati mandatori yang dilaksanakan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah ‘syarat’ kerajaan Australia untuk Malaysia memohon ekstradisi bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Sirul perlu pulang ke negara ini bagi menjadi saksi kes pembunuhan itu.

“Saya ada semak dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ke Mongolia tempoh hari mengenai kes (pembunuhan) Altantuya.

“Ketika itu (perjumpaan dengan Dr Mahathir), tiada perbincangan lanjut mengenai permohonan (ekstradisi) Sirul.

“Namun, hukuman mati mandatori perlu dipinda sebelum memohon ekstradisi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Kerajaan Australia sebelum ini menolak ekstradisi Sirul kerana melanggar undang-undang negara itu yang tidak akan menghantar pulang seseorang yang berdepan dengan hukuman mati.

Malah, Sirul juga dikatakan bersedia membantu kerajaan Pakatan Harapan bagi menjelaskan perkara sebenar sekiranya diberikan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong. – BH Online

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismailhukuman matiSirul Azhar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd