• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Terbabas Punca Penerbangan Di Filipina Batal, Dilencong

oleh Cj Mnh
17/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Pihak berkuasa penerbangan Filipina memutuskan pada Jumaat untuk menutup landasan lapangan terbang Manila di mana sebuah pesawat penumpang Xiamen Airlines terbabas sebelum terkeluar dari landasan itu pada lewat malam Khamis, menyebabkan penerbangan dibatalkan serta lencongan ke lapangan terbang lain.

Pada awal pagi Jumaat, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA), yang mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) telah mengeluarkan kenyataan bersama.

Agensi berita China Xinhua melaporkan kenyataan pihak berkuasa menyebut bahawa pesawat jenis Boeing 737-800 itu telah terlibat dalam insiden “terkeluar dari landasan” tersebut pukul 11.55 malam waktu tempatan pada Khamis ketika mendarat.

Dalam kes membabitkan penerbangan MF8667 dari syarikat Xiamen Airlines, pihak berkuasa berkata ia terkeluar dari landasan dan terbabas ke kawasan berumput di lapangan terbang antarabangsa Manila selepas “satu pendekatan yang terlepas” susulan “hujan lebat.”

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa semua penumpang dan kru pesawat Xiamen Airlines selamat.

Dalam sidang akhbar pada pagi Jumaat, MIAA dan CAAP berkata semua penumpang dan kru telah ditempatkan di sebuah hotel.

Pengurus Besar MIAA, Ed Monreal, berkata terdapat keperluan untuk membersihkan landasan itu daripada serpihan enjin dan gear pendaratan pesawat terbabit yang rosak.

Jurucakap CAAP, Eric Apolonio, berkata landasan yang terjejas akan ditutup buat sementara waktu sehingga pukul 4 petang pada Jumaat.

Sejumlah 12 penerbangan telah dibatalkan pada pagi Jumaat susulan insiden itu.

Beliau berkata pesawat itu masih berada di kawasan berumput berhampiran landasan utama Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino dan akan kekal di situ sehingga siasatan selesai. – BERNAMA

Tags: Nahas Pesawatterbabas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd