• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan PBT Disemak Jika Gagal Lantik 30% Wanita

oleh Ahmad Albab
24/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menilai semula peruntukan bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara sekiranya gagal melantik 30 peratus wanita sebagai anggota majlis.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata perkara itu, yang bakal menjadi syarat baharu dalam Sistem Penarafan Bintang PBT, masih diperincikan dan ia akan dilaksanakan selepas tempoh dua tahun ini.

“Perkara itu dalam peringkat cadangan awal bagi memastikan semua PBT melantik 30 peratus atau lapan wanita daripada keseluruhan 24 ahli majlis… selepas ia (syarat) dilaksanakan, sekiranya PBT gagal, KPKT akan semak semula peruntukan.

“Saya akan perkemaskan lagi syarat (Sistem Penarafan Bintang PBT) yang sesuai untuk diberikan kepada semua PBT,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Hari Wanita 2018 di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.

Zuraidah, yang juga Anggota Parlimen Ampang, berkata, syarat itu tertakluk kepada semua PBT di seluruh negara termasuk di negeri di bawah pentadbiran pembangkang.

Beliau berkata pada masa ini, pelantikan wanita sebagai anggota majlis dalam PBT di peringkat nasional secara purata hanya mencatat 14 peratus.

Persidangan sehari, yang disertai kira-kira 300 anggota badan bukan kerajaan, dianjurkan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bertemakan ‘Mengilham Harapan, Memacu Wawasan’ (english: Inspiring Hope, Driving the Vision) bermatlamat memberi inspirasi dan membentuk pemikiran baharu wanita dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4). – BERNAMA

Tags: PBTWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fama N.Sembilan Cadang Wujud Pasar Tani Di Pakar Paroi

Next Post

Harap Projek Perumahan Generasi Kedua Felda Jelai Dipercepat

Related Posts

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

Selangor Pertimbang Penjawat Awam Wanita Pulang Awal Ketika Ramadan

27/02/2025
1

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita pulang awal ketika Ramadan. Menteri Besar...

Next Post

Harap Projek Perumahan Generasi Kedua Felda Jelai Dipercepat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd