• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertukaran Guru Tidak Dibeku – Maszlee Malik

oleh Ahmad Albab
01/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pertukaran guru tidak dibekukan dan masih guna prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dalam proses permohonan pertukaran.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata pihaknya menerima 5,573 permohonan pertukaran guru dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung sementara 873 permohonan dari Semenanjung ke negeri tersebut.

“Kami masih menggunakan SOP sedia ada iaitu berdasarkan beberapa kriteria seperti kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan di negeri yang dimohon dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon.

KPM juga beri keutamaan kepada permohonan guru atas alasan ikuti pasangan dan kami turut pertimbang permohonan kes lain seperti sakit kronik dan ancaman keselamatan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Maszlee menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang ingin tahu sama ada KPM membekukan permohonan guru dari Sabah dan Sarawak untuk pulang ke Semenanjung Malaysia.

Maszlee berkata kekurangan pertukaran guru dari Sabah dan Sarawak sejak beberapa bulan lalu adalah berikutan guru yang memohon pertukaran adalah mereka yang mengajar kelas peperiksaan penting pada tahun ini.

“Sehingga kelas peperiksaan berakhir tahun ini, barulah permohonan mereka akan dibawa dan ada juga pertukaran guru yang mengajar subjek kritikal iaitu Pendidikan Islam. Kalau mereka (guru mengajar Pendidikan Islam) ditukarkan, maka kami akan terus kekurangan guru bagi subjek tersebut di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Maszlee berkata KPM juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk melihat mekanisme pelaksanaan dan cadangan mewujudkan jawatan Pembantu Guru bagi meringankan beban tugas guru di sekolah.

“Kementerian amat prihatin dengan beban tugas guru dan KPM juga akan melihat intervensi lain untuk mengurangkan beban tugas guru secara holistik seperti melibatkan sukarelawan dan guru pencen di sekolah-sekolah.

“Hasil laporan daripada jawatankuasa ini akan dijadikan kertas cadangan untuk pertimbangan kelulusan Kabinet,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee MalikGuru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd