• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertimbang Liberalisasi AP Kurangkan Harga Gula

oleh Cj Mnh
02/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan cadangan meliberalisasikan lesen permit import (AP) gula sebagai satu daripada usaha untuk memecahkan monopoli gula seterusnya mengurangkan harga runcit bahan keperluan asas itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata usaha mengkaji lesen import gula yang telah berlarutan selama berdekad-dekad dipandang serius bagi mengurangkan beban rakyat.

“Pada ketika ini, penetapan harga gula dibuat bersandarkan harga gula mentah dunia serta mengambil kira kos pentadbiran, operasi kilang penapis, logistik, margin pengilang, peruncit serta pemborong bagi memproses gula mentah kepada gula bertapis.

Setelah mengambil kira kos-kos ini, kerajaan berpendapat adalah mustahil harga jualan runcit gula putih dapat diturunkan pada kadar RM1.50 dan harga gula di Malaysia yang pada ketika ini ditetapkan pada RM2.95 per kilogram bagi gula putih kasar dan RM3.05 bagi gula putih halus merupakan antara yang terendah di ASEAN,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta kementerian menjelaskan sama ada akan mengeluarkan lebih Permit Import (AP) kepada syarikat pengimport gula supaya harga gula dapat diturunkan sehingga kadar RM1.50 sekilogram atau lebih murah.

Menurut Chong, kerajaan harus memberi pertimbangan kepada faktor-faktor lain seperti kesan kepada industri perkilangan serta mutu dan kualiti gula bertapis sebelum membuat sebarang penetapan kepada harga gula.

Membandingkan harga gula tempatan dan harga gula serantau, beliau menjelaskan bahawa sekilogram gula di Indonesia dijual pada harga RM3.58/per kg, Vietnam (RM4.41/per kg) dan Singapura (RM4.65/per kg).

Antara pengilang utama di Malaysia adalah Malayan Sugar Manufacturing (MSM), Prai, Pulau Pinang; Central Sugar Refinery (CSR), Shah Alam, Selangor; Gula Padang Terap (GPT) di Padang Terap, Kedah dan Kilang Gula Felda Perlis (KGFP), Chuping, Perlis.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian akan mengkaji cadangan untuk memastikan kilang penapisan gula mendapat sijil halal.

Isu itu ditimbulkan dalam soalan tambahan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin tahu bagaimana kementerian dapat memastikan kualiti dan kebersihan gula mentah terjamin memandangkan syarikat pengimport tidak perlu mendapatkan sijil halal.

Bagaimanapun, Chong turut menempelak Noraini kerana hanya menimbulkan isu sijil halal hanya setelah kerajaan bertukar tangan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH).

“Pada masa ini, ada lima kilang yang mengimport dan menapis gula mentah yang diimport dan mereka telah melakukannya selama berdekad-dekad, tetapi masalah sama ada kilang ada sijil halal tidak pernah ditimbulkan sebelum ini.

Hanya sekarang ia ditimbul, kita akan kaji perkara ini kerana ini polisi kerajaan BN tetapi semasa BN tidak timbul langsung sama ada gula import halal atau tidak, tiba-tiba bila bertukar kerajaan baharu soalan timbul, jadi kita akan kaji,” katanya. – BERNAMA

Tags: Chong Chieng Jengula
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Harga Gula – Fuziah

Tiada Kenaikan Harga Gula – Fuziah

30/06/2024
1

SUNGAI BAKAP - Tiada sebarang kenaikan harga gula yang akan dibuat setakat ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Perkara itu...

Gantung Lesen Jika Jual Gula Lebih Harga Kawalan

Gantung Lesen Jika Jual Gula Lebih Harga Kawalan

06/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Peniaga yang didapati sengaja menjual harga gula melebihi harga kawalan, menyorok bekalan dan menetapkan pembelian gula secara bersyarat,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd