• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertembungan Kem Azmin, Rafizi Di Perlis Mulai Panas

oleh Cj Mnh
29/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Suasana menjelang pemilihan PKR di negeri ini khususnya membabitkan pertembungan calon-calon daripada kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli mulai panas.

Terbaharu apabila penyandang Ketua Cabang PKR Kangar, Ko Chu Liang iaitu calon daripada kem Mohamed Azmin melahirkan rasa kesal dengan tindakan wakil-wakil rakyat parti itu yang disifatkan cuba menguasai PKR dengan bertanding jawatan tertinggi.

Kata Chu Liang yang juga antara pengasas PKR negeri ini, sebagai wakil rakyat, mereka sepatutnya menumpukan kerja-kerja dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Tidak salah mereka (wakil rakyat PKR) hendak bertanding tetapi sepatutnya mereka tidak mencabar jawatan-jawatan tertinggi seperti ketua cabang. Mereka sudah jadi wakil rakyat, sepatutnya tumpu kepada kerja-kerja untuk rakyat.

“Parti biarlah orang lain urus, kerana mereka pastinya tidak mempunyai masa untuk menjaga parti,” katanya yang bakal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kangar yang disandangnya sejak 2011, di sini hari ini.

Dalam pemilihan PKR kali ini, Chu Liang akan dicabar oleh Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dari pasukan reformasi 20 tahun.

Manakala seorang lagi wakil rakyat PKR iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Asrul Nizan Abd. Jalil bakal merebut jawatan Ketua Cabang PKR Arau manakala Amran Kamarudin juga dari kem Rafizi akan bertanding di Padang Besar.

Sebelum itu, Asrul Nizan melahirkan keyakinan bahawa barisan kepemimpinan PKR negeri ini termasuk di peringkat cabang dijangka dikuasai oleh muka-muka baharu.

Keyakinan itu disuarakan oleh Asrul Nizan berdasarkan kecenderungan dan sokongan lebih 6,000 ahli parti itu di Perlis kepada pemimpin-pemimpin daripada kem Rafizi.

Sementara itu, Chu Liang berkata, kebanyakan calon daripada kem Mohamed Azmin mempunyai pengalaman luas di dalam parti memandangkan mereka adalah barisan awal semasa zaman reformasi pada 1998.

Dalam masa sama, beliau juga mengingatkan wakil-wakil rakyat PKR bahawa kemenangan parti itu di kawasan Kangar adalah disebabkan usaha dan kerja keras beliau dalam membantu ke arah kejayaan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tags: Ko Chu LiangPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kaji Ganti SPR, Tukar Sistem Pemenang Undi Terbanyak

Next Post

Ramdan Fokus Perlumbaan Di Teluk Intan

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

Next Post

Ramdan Fokus Perlumbaan Di Teluk Intan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd