• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persidangan Dewan Rakyat Ditangguh

oleh
16/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-14 ditangguhkan selepas 20 hari bersidang.

Sebelum menangguhkan mesyuarat, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata persidangan kali ini beliau sifatkan sebagai sangat bersejarah kerana peralihan kuasa yang berlaku buat kali pertama di negara ini berjalan dalam keadaan penuh aman dan harmoni

“Ini membuktikan kematangan anggota parlimen dalam mengurus kepelbagaian yang wujud dalam negara ini. Ahli yang berhormat saya sebagai Tuan Yang Dipertua dan mewakili kedua timbalan saya ingin merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada ahli yang berhormat yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan majlis mesyuarat dapat disempurnakan dalam tempoh 20 hari ini,” katanya.

Mohamad Ariff menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pegawai kerajaan, pegawai parlimen, wakil media serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian majlis mesyuarat dewan kali ini.

Persidangan kali ini memulakan mesyuarat pertamanya pada 16 Julai lepas selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu dengan peralihan kerajaan daripada Barisan Nasional buat pertama kalinya.

Sebelum PRU14, kali terakhir Dewan Rakyat bersidang pada 5 April lepas, sebelum ia dibubarkan pada 7 April untuk memberi laluan kepada PRU14 diadakan.

Menurut takwim Dewan Rakyat dalam laman web mesyuarat, persidangan akan datang dijangka diadakan dari 15 Okt hingga 11 Dis. – BERNAMA

Tags: Dewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

02/03/2026
0

Memalukan dan tidak pernah berlaku apabila usul pihak kerajaan gagal diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd