• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perpaduan Harus Bermula Dari Sekolah – Lee Lam Thye

oleh
31/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Memupuk perpaduan harus bermula dari sekolah di mana usaha dapat dilakukan untuk memupuk nilai-nilai keharmonian antara kaum, perpaduan dan kedamaian, kata pemegang amanah Yayasan Perpaduan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata para guru perlu menggunakan kreativiti dan kemahiran bagi menarik minat pelajar semua kaum untuk mengambil bahagian dalam aktiviti dalaman atau luaran yang meningkatkan integrasi kaum dan membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain untuk membina persahabatan yang kekal.

“Sebagai pemimpin masa depan negara, adalah para penting pelajar menjalin hubungan rapat walaupun terdapat perbezaan dari segi bangsa, budaya dan agama,” katanya sempena Hari Kebangsaan 2018.

Pada masa yang sama, Lee juga menggalakkan ibu bapa untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai positif seperti kejujuran, integriti, toleransi dan ketekunan untuk memberi inspirasi kepada anak-anak mereka untuk meniru tingkah laku yang baik yang akan membantu mereka membina negara yang stabil.

Beliau berkata perpaduan dan integrasi negara boleh menjadi lebih kuat dan lebih bersemangat menerusi pemanfaatan nilai patriotisme.

“Patriotisme perlu ditanamkan semasa zaman kanak-kanak kerana apabila kanak-kanak suka kediaman dan negara mereka, mereka akan membesar dengan menghargai warisan mereka, kepelbagaian, sejarah dan berusaha memperbaiki Malaysia dalam semua aspek,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata tujuan Wawasan 2020 bukan sahaja menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian sepenuhnya dalam erti ekonomi tetapi juga untuk memastikan ia sepenuhnya dibangunkan dari semua aspek termasuk dari dimensi moral dan etika.- BERNAMA

Tags: Lee Lam Thye
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serah Senarai Kabinet Kepada SPRM, Polis Langkah Tepat

09/03/2020
0

SHAH ALAM - Inisiatif Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan senarai anggota Kabinet untuk tapisan Polis Diraja Malaysia (Polis)...

Segera Naikkan Gaji PDRM

11/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Cadangan dan pelaksanaan bagi menambah baik gaji, logistik dan keperluan anggota polis terutama yang berpangkat rendah perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd