• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perompak Letak Nota Mohon Maaf Selepas Samun Jiran

oleh
01/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki meminta maaf secara lisan dan meletakkan nota permintaan maaf selepas memecah masuk dan merompak jirannya di sebuah pangsapuri Jalan Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata lelaki berumur 29 tahun itu memecah masuk rumah jirannya yang merupakan seorang guru wanita kira-kira pukul 4.45 pagi.

Katanya, mangsa berumur 28 tahun yang sedang tidur di ruang tamu rumah terjaga apabila terdengar bunyi bising sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba menindih belakang badannya.

“Lelaki itu mengacukan pisau ke leher mangsa dan menyumbat kain ke dalam mulut. Suspek kemudian menghentak kepala mangsa dengan kuat sehingga menyebabkannya lemah dan hampir pengsan.

Apabila melihat keadaan mangsa lemah, lelaki itu memperkenalkan dirinya bahawa dia jiran sebelah rumah. Mangsa kemudian menyerahkan beg duit miliknya kerana takut dirinya diapa-apakan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Menurut Mohd Ali, sebelum beredar melalui tingkap stor rumah terbabit, suspek memberitahu mangsa bahawa dia telah mengambil duit mangsa berjumlah RM1,400 serta meminta maaf dan memohon supaya mangsa tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

“Setelah lelaki itu beredar, mangsa mengemas rumah dan menjumpai satu nota permintaan maaf yang diletakkan lelaki terbabit di bahagian bawah pintu rumah mangsa,” katanya.

Mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang sedang bekerja supaya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, katanya.

Mohd Ali berkata polis berjaya menangkap suspek hari ini dan merampas wang tunai berjumlah RM1,400, pemotong dawai dan telefon bimbit milik suspek.

“Suspek ditahan reman selama lima hari mulai hari ini,”katanya sambil menambah mangsa telah dua tahun mengenali suspek sebagai jiran. – BERNAMA

Tags: perompak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Prasarana Peruntuk RM90j Naik Taraf Feri Pulau Pinang

Next Post

Pengundi Bakal Tolak Pakatan Harapan

Related Posts

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

08/07/2023
0

JAKARTA – Seorang suri rumah di Sumatera Utara, Indonesia terkejut apabila seorang lelaki memasuki rumahnya untuk merompak, lapor laman berita...

Perompak Larikan Peti Besi, Barang Kemas Lebih RM200,000

Perompak Larikan Peti Besi, Barang Kemas Lebih RM200,000

30/06/2023
0

Kuala Pilah : Dua lelaki memecah masuk rumah di Taman Impian Utama, Jalan Melang di sini, semalam dan melarikan peti...

Next Post

Pengundi Bakal Tolak Pakatan Harapan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd