• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Adil Bantuan Kerajaan Dikatakan Rasuah

oleh
28/08/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mewujudkan panel khas secepat mungkin bagi meneliti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), jika ia diteruskan.

Bekas Penasihat Sosial-Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata panel itu bagi memastikan hanya individu atau golongan yang layak menerima bantuan tersebut.

“Tidak adil sekiranya bantuan dikatakan sebagai rasuah untuk menarik sokongan dan saya percaya (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) tidak bermaksud sedemikian. Bagi masyarakat yang tidak mampu, tidak bekerja atau dilanda bencana, wajib menerima bantuan kerajaan,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Kongres Sejarah Malaysia III-Sejarah Malaysia: Pasak Masa Hadapan Negara di Wisma Sejarah, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyatakan pelaksanaan BR1M oleh Barisan Nasional dahulu perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah.

Rais, bagaimanapun bersetuju seandainya pemberian diberi kepada penerima yang cukup sifat, bantuan BR1M itu boleh dianggap sebagai amalan rasuah untuk mendapatkan sokongan politik kepada pihak tertentu.

“Jadi harus diwujudkan panel peneliti bagi menentukan mana yang betul dan tidak secepat mungkin. Baiknya amaran ini diberi oleh Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) agar kita tidak menjadi negara kebajikan seperti di England, yang banyak dibolos oleh penipuan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata RM8 bilion yang dibelanjakan untuk BR1M selama ini, melibatkan lebih 2/3 penerima yang tidak seharusnya menerima bantuan tersebut.

“Kalau terus memberi, kita menggalakkan rakyat malas bekerja. Ini memang tidak bagus. Untuk itu, perlu ada kriteria baru yang lebih jelas. BR1M ini hanya layak bagi mereka yang umur lanjut dan uzur,” katanya.

Dalam pada itu, kongres selama dua hari anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bermula hari ini menghimpunkan 100 sejarawan di seluruh Malaysia dan Indonesia dengan 30 pembentangan kertas kerja berkaitan. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

Lebih Baik BR1M Daripada PSP ‘RM1 Sehari’

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1 sehari kepada penerimanya membuktikan kerajaan Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd