• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perginya Pejuang Dasar Pengiklanan Negara

oleh Cj Mnh
08/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Negara hari ini kehilangan seorang pejuang dasar pengiklanan negara, Prof Madya Mohamad Md Yusoff, 64.

Bekas pensyarah kanan Pusat Komunikasi Universiti Sains Malaysia itu meninggal dunia 2.30 pagi tadi selepas hampir tujuh bulan bertarung kanser limfoma.

Mohamad meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak, dua daripadanya sedang menunaikan fardu haji di Tanah Suci Makkah.

Menurut Isteri Allahyarham, Jamaliah binti Sulaiman, 62, jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara selepas solat zohor.

Lebih 200 orang hadir, termasuk pengamal media, pakar akademik, penyelidik ekonomi dan bekas pelajar.

Mohamad sinonim dengan suara lantang perjuangkan hak-hak pengamal media dan menyumbang secara berterusan bagi industri penerbitan dan penyelidikan terutama dalam bidang pengiklanan.

Beliau menegaskan bahawa Dasar Periklanan Negara dan Perbadanan Kemajuan Iklan Negara (PKIN) mesti segera diwujudkan bagi memastikan struktur industri iklan negara tidak terus berat sebelah.

Selain kerap menerbitkan buku ilmiah, beliau sering kali muncul di kaca televisyen menyumbang idea-idea dan pendapat berhubung pengiklanan.

Menurut Prof Jamilah Ahmad, bekas dekan Pusat Pengajian Komunikasi sewaktu Mohamad berkhidmat di USM, beliau antara ilmuan di pusat pengajian yang sangat disenangi dan hormati dalam kalangan pelajar program Sarjana Integrated Marketing Communicating (IMC) sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan mendalam berkaitan pengiklanan.

“Kehilangan beliau merupakan kehilangan besar ilmuan dalam bidang pengiklanan,” katanya. – BERNAMA

Tags: meninggal duniaProf Madya Mohamad Md Yusoff
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

HDOK Diisytihar Hospital Bebas Sampah

Next Post

Malaysia Mesti Lebih Bijak Tangani Hubungan Dengan China

Related Posts

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

Next Post

Malaysia Mesti Lebih Bijak Tangani Hubungan Dengan China

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd