• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penuntut USIM Maut Kemalangan

oleh Ahmad Albab
03/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas sekolah di Kampung Binjai Bongkok, Marang, hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa, Nor Izzati Khairunnisa Asli, 19, dari Kampung Manir, Kuala Terengganu dalam perjalanan menghala dari Rawai ke Bukit Payong, di sini, jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian berhampiran Kampung Binjai Bongkok, kenderaan dipandu mangsa jenis PERODUA Myvi dikatakan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung bas sekolah yang datang dari arah hadapan.

Katanya, berikutan kejadian itu, kenderaan dipandu mangsa remuk dan Nor Izzati yang tersepit di tempat duduk pemandu maut di tempat kejadian.

“Ketika kejadian mangsa yang memandu kenderaan milik kakaknya, Nor Asnida Asli, 32, bersendirian dalam kereta berkenaan,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Bagaimanapun, atas permintaan bapa mangsa, Asli Ngah, 60, yang tidak mengizinkan bedah siasat terhadap mayat anaknya, pihak hospital kemudian membenarkan jenazah Nor Izzati Khairunnisa dibawa pulang ke rumah keluarga untuk pengebumian.

Mohd Suhaimi berkata, pemandu bas terbabit, Ramli Sulong, 58, dari Kampung Tebakang Bukit Payong, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati jalan lurus dua lorong manakala permukaan jalan kering dan rata.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BH ONLINE

Tags: kemalangan mautmahasiswa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan

Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan

11/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Pengadang Baru, di sini,...

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd