• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Arsenal Akui Minta Lebih, Tapi Nafi Gugurkan Ozil

oleh Ahmad Albab
26/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUBUNGAN antara Unai Emery dan Mesut Ozil sekali lagi diperhatikan selepas pengurus Arsenal itu meminta lebih banyak daripada bintang Jerman itu di padang latihan, minggu lalu.

Kedudukan Ozil pada perlawanan menentang West Ham pada Sabtu dikatakan diragui.

Malah, pemain yang menyertai latihan pada Jumaat melaporkan dia mengalami kecederaan dan tidak dapat bermain.

Emery menasihatkannya untuk hadir ke perlawanan sekiranya dia merasakan keadaannya bertambah baik.

Ozil bagaimanapun berada pada perlawanan dan menyertai Arsenal menewaskan West Ham dengan 3-1, tetapi tidak menjadi sebahagian daripada barisan pemain yang turun padang.

Emery sudah pun secara terbuka memanggil Ozil untuk menawarkan pasukan itu lebih defensif dan menyerahkannya pada 68 minit hujung minggu lalu menentang Chelsea.

Khamis lalu, sumber yang dekat dengan Arsenal mengatakan bahawa Emery sekali lagi memberitahu Ozil bahawa sistem taktikalnya memerlukan lebih banyak daripada pemain Arsenal.

Pada peringkat itu, tidak jelas sama ada Ozil akan menyertai menentang West Ham tetapi akhirnya keputusan dibuat tahap kesihatannya menyebabkan dia belum boleh bermain lagi.

Bagaimanapun, Emery menegaskan bahawa tidak ada sebarang isu yang serius membabitkan barisan pemain.

Pengurus Arsenal itu berkata: “Ini tidak benar. Saya tidak tahu siapa yang memberitahu maklumat ini. Dia sakit semalam. Dia bercakap dengan doktor dan kepada saya. Kami memutuskan untuk dia tidak bermain hari ini. Tetapi dia meninggalkan latihan kerana dia sakit.”

Ditanya sama ada Ozil akan bermain sekiranya sihat, Emery berkata: “Dia sakit dan hari ini dia berada di sini. Dia balik ke rumahnya (pada Jumaat) dan saya berkata: “Datang jika awak berasa lebih baik.” Dia berasa lebih baik dan sebelum perlawanan dia bersama saya dan pasukan. Tidak ada masalah dengan pemain. Tanya doktor dan dia boleh menjelaskan dengan lebih baik.” – Mail Online UK/mStar Online

Tags: ArsenalMesut Ozil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan China ‘Pangkah’ Ozil

16/12/2019
0

BEIJING - Gara-gara menyatakan sokongan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, stesen penyiaran kerajaan China, CCTV menarik balik siaran langsung perlawanan...

Ozil Kritik Umat Islam Abaikan Etnik Uighur

14/12/2019
0

BINTANG Arsenal, Mesut Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd