• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Seri Setia Perlu Calon Mesra, Dekati Rakyat

oleh
19/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia menyaksikan pertembungan pengundi harus memilih dua calon iaitu antara calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar atau Dr Halimah Ali daripada PAS.

Situasi itu, bagaimanapun ia tidak semudah yang disangka apabila kini pengundi semakin arif dan mempunyai jangkaan tinggi terhadap calon mereka, termasuk calon itu harus berkhidmat kepada masyarakat serta dekat dengan hati mereka.

Memiliki calon yang mampu melihat keperluan semua kaum dan sentiasa turun padang adalah harapan pengundi di kawasan DUN Seri Setia ketika memilih wakil baharu bulan depan.

Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Subang PJS 10 V. Pulevendren berkata pengundi sedang mencari calon yang boleh berkhidmat untuk semua kaum dan tidak hanya menumpukan kepada sesetengah masyarakat sahaja.

“Adalah penting untuk mempunyai wakil yang akan mewakili suara rakyat di Seri Setia dan tahu apa yang penting bagi mereka,” kata ahli perniagaan berusia 66 tahun itu kepada Bernama.

Pulevendren, yang telah menetap hampir 30 tahun di Seri Setia berkata masyarakat India, terutama yang tinggal di flat Desa Mentari, Desa Ria dan Lembah Subang, merasa diri mereka ‘agak diabaikan’.

Perhatian khusus harus diberi untuk menyelesaikan isu yang melanda komuniti kerana mereka juga adalah pengundi untuk kawasan itu, katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk di Taman Sri Subang, Peter Chong, 66, berkata tidak mengapa sama ada calon adalah dari tempatan atau tidak selagi calon itu mempunyai usaha untuk mendekati rakyat.

“Kriteria penting bagi mana-mana calon adalah perlu mendengar denyut nadi dan keperluan rakyat dengan sentiasa menemui mereka. Kami tidak mahu calon yang hanya muncul apabila pilihan raya semakin hampir.

“Sekiranya wakil rakyat mempunyai beberapa komitmen lain dan benar-benar tidak dapat bertemu rakyat, kami mahu sekurang-kurangnya pembantu peribadinya datang dan berjumpa dengan kami.

“Sesiapa pun yang memenangi pilihan raya kecil harus berusaha lebih baik sambil meneruskan warisan wakil terdahulu, iaitu bekas ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad,” kata pesara sebuah syarikat swasta itu.

Antara isu yang membimbangkan penduduk di Seri Setia adalah longkang tersumbat dan persekitaran yang kotor, terutamanya selepas pasar malam setiap Ahad.

Seorang lagi penduduk, Mansor Ibrahim, 63, dari Taman Sri Subang berkata lebih banyak program untuk semua masyarakat, seperti program muhibbah yang mengumpulkan semua kaum di bawah satu bumbung, diperlukan agar penduduk di sekitar saling mengenali.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa yang membantu menurunkan kadar jenayah di Taman Sri Subang PJS 10, Petaling Jaya, kerana ia pernah menjadi masalah utama penduduk.

PRK DUN Seri Setia akan diadakan pada 8 Sept berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin daripada PKR, akibat kanser kolon pada 2 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum 9 Mei lepas, Shaharuddin memenangi kerusi itu dengan majoriti 19,372 undi, menewaskan tiga pencabar Datuk Yusoff HM Hanif daripada BN, Mohd Ghazali Daud (PAS dan) calon bebas Dr S.Vignes. – BERNAMA

Tags: PRK Seri Setia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa Bumi Kuat Landa Kepulauan Fiji

Next Post

RTM Kekal Relevan Sebagai Medium Menyatupadukan Rakyat

Related Posts

PRK Dun Seri Setia, Tanda Rakyat Mahu Pembangkang Bersatu

09/09/2018
0

SHAH ALAM - Kejayaan PAS dalam menambah lebih100 peratus undinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri...

Nik Abduh Ucap Tahniah Pada Jentera PAS, UMNO

09/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Tahniah kepada seluruh jentera PAS, UMNO, MIC dan MCA serta semua yang membantu calon PAS dalam Pilihan...

Next Post

RTM Kekal Relevan Sebagai Medium Menyatupadukan Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd