• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Bakal Tolak Pakatan Harapan

oleh
01/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – UMNO yakin pengundi PAS akan menolak calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Sabtu ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hasan hari ini yang menghantar ‘isyarat’ bahawa parti itu kekal dengan pendirian menentang PH yang didakwa mengetepikan Islam dan masyarakat Melayu.

Ia susulan komitmen yang tinggi diperlihatkan oleh gerak kerja jentera Barisan Nasional (BN) dan rakan-rakan daripada PAS sepanjang tempoh berkempen setakat ini, katanya.

“Persetujuan dicapai bukan saja dengan Mursyidul Am PAS (Hashim Jasin) tetapi di peringkat PAS Kota Raja dan semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kandis,” katanya kepada pemberita selepas melawat PDM Jalan Kebun, di sini, malam ini.

Ditanya mengenai reaksi pengundi terhadap calon BN Datuk Lokman Noor Adam, Ahmad Zahid berkata sokongan adalah positif ekoran kekecewaan dan ketidakpuasan mereka dengan pentadbiran kerajaan PH yang memasuki tempoh 70 hari setakat ini.

Katanya, respons sedemikian diterima hasil pertemuan jentera BN dan Lokman Noor dengan pengundi Sungai Kandis di beberapa lokasi kempen.

Sebelum ini, Takiyuddin meminta pengundi PAS di Sungai Kandis membuat pilihan berpandukan pertimbangan yang wajar demi kepentingan Islam, masyarakat Melayu dan masa depan negara.

Pada PRK DUN Sungai Kandis, Lokman Noor bakal berdepan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni serta calon Bebas, K. Murthy.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafie dari PKR akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid HamidiPRK Sungai Kandis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd