• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengedar Ditahan Berhampiran Tandas Pusat Rekreasi

oleh Cj Mnh
07/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Hasrat seorang penganggur untuk mengedar dadah di daerah ini tidak kesampaian apabila ditahan dalam serbuan berhampiran tandas di pusat rekreasi Lubuk Ujid di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Norzamri Abd Rahman berkata suspek berumur 50 tahun itu dipercayai sedang menunggu pembeli di dalam kereta jenis Proton Saga semasa serbuan pada 2.30 petang.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek yang berasal dari Manir, Terengganu cuba melarikan diri, namun gagal kerana kunci kereta telah dirampas. Dia juga melawan semasa tangkapan dibuat.

“Hasil serbuan, polis merampas dadah jenis heroin yang dianggarkan seberat 272 gram, syabu (31.65 gram) dan pil kuda (37.21 gram) bernilai RM18,397 yang disembunyikan dalam dashboard dan tempat letak kaki kereta itu.

“Dadah tersebut dipercayai diperoleh daripada pembekal di Gombak, Selangor untuk edaran di kawasan Felda sekitar daerah ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran di sini, hari ini.

Norzamri berkata polis juga merampas kereta yang dinaiki suspek, sebuah telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM401, dengan nilai keseluruhan rampasan RM39,158.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek mempunyai 26 rekod kesalahan lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah, selain turut positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya lelaki itu juga dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Terengganu dan baharu tiba di sini semalam, untuk mencari pelanggan baharu.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengetahui sama ada suspek bertindak sendirian atau mempunyai rakan subahat,” katanya.

Suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan siasatan dilakukan menerusi Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Edar DadahPenganggur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SST Bebankan Rakyat, Rugikan Negara – Najib

Next Post

Parlimen, DUN Perlu Adakan Kursus Khas Perlembagaan

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

Next Post

Parlimen, DUN Perlu Adakan Kursus Khas Perlembagaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd