• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengambilalihan Splash Dilaksana Selepas Kajian Terperinci

oleh
09/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar berkata pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dilaksanakan selepas kajian yang terperinci.

Beliau berkata kajian mengenai penstrukturan air bersih telah dilaksanakan secara terperinci menerusi RHB Investment Bank Berhad dan firma audit antarabangsa Deloitte.

“Tak ada (bayar 10 kali ganda). Kajian nilai telah kita laksanakan menerusi dua institusi ini. Apa yang kita beli itu di bawah harga pasaran, kalau harga pasaran itu hampir RM3.4 billion,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab dakwaan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan pengambilalihan Splash membuatkan rakyat Selangor perlu membayar lebih 10 kali ganda daripada apa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri pada 2013.

Abdul Khalid turut menjangkakan keadaan itu memungkinkan kerajaan negeri akan mengkaji atau menghentikan program pemberian air percuma kepada semua isi rumah di Selangor yang dilaksanakan sejak 2008.

Pada 3 Ogos lalu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata proses pengambilalihan Splash yang sudah lama tertangguh akhirnya selesai selepas syarikat konsesi itu secara prinsipal bersetuju menerima nilai tawaran pengambilalihan syarikat itu oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berjumlah RM2.55 bilion. – BERNAMA

Tags: Dr Xavier Jayakumar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sudah Terbukti PH Dapat Bantuan Asing

Next Post

Penurunan Poster Unsur LGBT Bukan Diskriminasi

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Dapat Dielakkan

23/04/2019
0

BANGI - Gangguan bekalan air di Lembah Klang Rabu ini tidak dapat dielakkan bagi memastikan tidak timbul masalah air pada...

Kaji Guna Sumber Air Bawah Tanah – Xavier

18/12/2018
0

SHAH ALAM – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang melakukan kajian secara menyeluruh bagi melihat potensi air bawah tanah...

Next Post

Penurunan Poster Unsur LGBT Bukan Diskriminasi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd