• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Penat Perah Idea, Kena Cetak Rompak… Macam Tu Pakai Barang Palsu”

oleh Ahmad Albab
03/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody tidak menyokong penggunaan barang tiruan untuk tampil bergaya terutama bagi golongan selebriti yang mempunyai karya sendiri.

Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, berkata, dia sendiri pernah melalui rasa dan perasaan marah apabila penat lelah memerah idea untuk menyiapkan sebuah album akhirnya dicetak rompak individu tidak bertanggungjawab.

“Kita pernah rasa bagaimana sakit dan marahnya produk kita dicetak rompak. Ibaratnya siang malam berbulan-bulan cari idea untuk siapkan, akhirnya orang curi.

“Biarlah nampak buruk dan terpakai asalkan asli. Kalau mahu sangat kumpul duit dan beli yang baru,” ujarnya kepada mStar Online.

Achey terlibat dalam projek Kristal Jam di Youtube.

Rody mengulas isu cetak rompak dan barang tiruan yang menjadi topik hangat minggu ini apabila terdapat Instagram yang mendedahkan segelintir selebriti menyokong barang tiruan.

Tambah Rody, membeli barang original adalah satu kepuasan atau hadiah kepada diri sendiri selepas penat bekerja.

Ia bukan bertujuan untuk berlagak tetapi sebagai tanda kepuasan.

“Bagi saya beli barang itu satu kepuasan bukan berlagak, ia boleh dikira sebagai hadiah kita untuk diri sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kumpulan Kristal, Rody berkata, mereka bakal melancarkakn single terbaharu pada September.

“Insya-Allah kami akan keluar single baharu bersama penyanyi baharu yang akan diumumkan September ini.

“Buat masa ini kita ada buat video Kristal Jam di saluran Youtube Kristalband. Ada ramai artis yang sudah sertai seperti Achey, Ewal, Kecik Hyperact,” ujarnya. – mStar Online

Tags: kumpulan KristalRody Kristal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Krisis Antara Lan Solo & Kristal Sebenarnya Beri Impak Positif

20/08/2018
0

SUBANG JAYA-  Penyanyi Lan Solo mengakui krisis di antaranya dengan kumpulan Kristal sebelum ini memberi peluang untuk mereka maju ke...

Rody Kristal, Niena Azman Sah Bergelar Suami Isteri

29/04/2018
0

SEKALUNG tahniah diucapkan buat gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody kerana telah selamat diijab kabul bersama pengaja gol futsal kebangsaan, Nur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd