• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemansuhan Tol Masih Dibincangkan – PLUS

oleh
29/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG – Perbincangan antara kerajaan dan syarikat pengendali lebuhraya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berhubung cadangan pemansuhan tol secara berperingkat masih dijalankan.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, berkata proses perbincangan masih berjalan dan tiada tempoh masa ditetapkan bagi mencapai keputusan.

“Perkara itu masih dalam perbincangan dengan pihak kerajaan untuk mencapai kata sepakat bagi kepentingan semua pihak.

“Tiada tempoh masa ditetapkan untuk proses berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 di Persada PLUS, di sini, hari ini.

Katanya, semua konsesi lebuh raya di bawah syarikat PLUS termasuk Lebuhraya Utara-Selatan akan berakhir pada 31 Disember 2038.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir semalam mengenai kerajaan Pakatan Harapan (PH) konsisten melunaskan janji penghapusan tol secara berperingkat di seluruh negara dengan mengambil pertimbangan kedudukan kewangan negara.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata PLUS sudah menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di semua plaza tol susulan kejadian ribut yang meruntuhkan sebahagian siling Plaza Tol Bukit Raja.

“Kejadian yang berlaku di plaza tol berkenaan adalah kejadian luar biasa dan berlaku disebabkan angin ribut.

“Susulan itu, PLUS sudah membuat pemeriksaan dan pemantauan di semua plaza tol seluruh negara malah beberapa penambahbaikan yang perlu juga sudah dibuat,” katanya.

Terdahulu, Azman berkata, menerusi kempen Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, PLUS mengadakan pelbagai aktiviti termasuk peraduan foto ‘Kenali Malaysia, Sayangi Malaysia’, pemakaian Reben Perpaduan, Kembara Sayangi Malaysia bersama personaliti radio serta pameran foto kemerdekaan di Galeri Jejantas di Jejantas Sungai Buloh.

“Menerusi peraduan foto Kenali Malaysia, Sayangi Malaysia, peserta boleh menghantar gambar paling menarik yang dimuat naik di akaun Facebook dan Instagram menggunakan #PLUSMerdeka2018.

“Peraduan berlangsung sehingga 30 September dan mereka berpeluang membawa pulang hadiah utama berupa telefon bimbit iPhone X dan 10,000 mata ganjaran PLUSMiles sepanjang kempen ini,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang kempen ini juga rakan niaga di semua kawasan rehat dan rawat (R&R) PLUS akan menawarkan menu merdeka serta juadah istimewa di gerai masing-masing sehingga 30 September ini.

Katanya, menerusi kempen itu juga, konvoi kembara amal yang disertai 61 peserta akan menjelajah ke tiga lokasi seluruh negara bagi menyerahkan sumbangan sebanyak RM3,000 di setiap lokasi. – BH Online

Tags: pemansuhan tol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tak Boleh Hapus Semua Tol Serentak’

02/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bakal berdepan krisis kewangan jika tol di seluruh negara dihapuskan serentak. Menteri Kerja Raya, Baru Bian,...

Netizen Mahu Tuntut Tol Percuma Daripada Maszlee

13/06/2018
0

SIAPA yang tidak marah dan siapa yang tidak geram apabila janji yang beriya-iya ditaburkan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkenaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd