• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan SST Bermula 1 September

oleh Ahmad Albab
23/08/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Berkuatkuasa 1 Sept ini Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bagi mengantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kata Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy.

Katanya, pelaksanaan SST itu adalah susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 telah diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lepas.

“Sehingga kini, kira-kira 77,000 peniagaan telah didaftarkan di bawah SST melalui pemindahan automatik dari sistem GST dan peniaga telah dimaklumkan melalui emel.

“Daripada jumlah itu, 32,577 merupakan pendaftaran bagi cukai jualan dan 44,874 adalah pendaftaran bagi cukai perkhidmatan. Ini menunjukkan kos pematuhan dijangka akan menurun kerana kebanyakkan peniaga tidak perlu berdaftar di bawah SST, cuma pengilang barangan tertentu dan penyedia perkhidmatan sahaja yang perlu berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas taklimat SST di Wisma Kastam, Petrajaya di sini hari ini.

Hadir sama,  Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha.

Subromaniam berkata, bagi memudahkan peniaga membuat rujukan dan pendaftaran, sebanyak 31 panduan SST akan dimuatkan dalam laman sesawang kastam.

“Sejak pendaftaran secara online dilancarkan pada 16 Ogos lalu, sebanyak 470 pendaftaran baru telah diterima,” katanya.

Bagi syarikat atau perniagaan yang layak berdaftar, boleh mendaftar di laman sesawang http://mysst.customs.gov.my/ atau menghubungi pusat panggilan kastam di talian 1300 888 500. – BERNAMA

Tags: KastamSST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sambil melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem percukaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd