• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Unimap Disaran Bergaul Dgn Rakan-Rakan Pelbagai Kaum

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Para pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dinasihatkan supaya sentiasa bergaul dan mengenali rakan-rakan dalam kalangan mahasiswa antarabangsa seterusnya bersama-sama berkongsi ilmu serta pengetahuan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, banyak faedah yang bakal diperolehi jika para pelajar mengenepikan perasaan malu untuk bergaul dengan pelajar antarabangsa dan pelbagai kaum lain.

“Gunakan sepanjang tempoh menuntut di Unimap dengan berkawan rapat dengan pelajar-pelajar lain dan secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia.

“Pada masa sama, para pelajar juga diminta mengambil peluang belajar dan berinteraksi dengan bertutur secara tidak formal di dalam bahasa ibunda rakan pelajar masing-masing.

“Dengan cara itu akan membolehkan Unimap menghasilkan graduan yang serba boleh, umpamanya berbahasa Mandarin, Tamil, Arab selain daripada bahasa Melayu dan Inggeris sebagai nilai tambah sekali gus menjadikan keboleh pasaran graduan Unimap melonjak,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan merasmikan majlis simbolik menerima siswa baharu sempena minggu suai kenal sidang akademik 2018/2019 di Unimap kampus Pauh Putra di sini semalam.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua selaku Canselor dan Pro-Canselor universiti itu disambut oleh Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Bagi pengambilan sesi pertama, seramai 2,197 mahasiswa melaporkan diri di Unimap dan dijangka jumlah keseluruhan yang mendaftar pada sidang kali ini adalah seramai 3,000 orang iaitu dalam pengambilan seterusnya selepas ini.

Dalam majlis tersebut, baginda yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyaksikan penyerahan zakat daripada Etiqa Takaful sebanyak RM60,000 kepada Unimap.

Sumbangan zakat tersebut akan diagihkan kepada pelajar yang memerlukan daripada kalangan keluarga asnaf yang terpilih. – UTUSAN ONLINE

Tags: bergaulUniMAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

PTPTN Sampai Sumbangan Tablet Kepada Penuntut UiTM, Unimap

18/04/2022
0

ARAU : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyumbang sebanyak 50 unit tablet kepada pelajar dalam kalangan golongan berpendapatan rendah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd