• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Mat Sabu Dapat RM800K Bersih Nama Muflis

oleh
15/08/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANTOI… Seorang pegawai kanan kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, dikatakan hidup selesa setelah menerima RM800,000 untuk mengeluarkan dirinya daripada status muflis.

Bagaimanapun, kehidupan mewah pegawai Presiden PAN itu terbongkar selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan ke atas suspek yang sudah dijalankan lebih dua bulan lalu.

Sumber memberitahu, siasatan terhadapnya dilakukan susulan laporan yang diterima SPRM daripada seorang ‘whistleblower’ atau pengadu apabila tampil memberi maklumat mengenai kehidupan lelaki berkenaan.

“Difahamkan, pegawai kanan terbabit sudah pun dipanggil ke SPRM untuk dirakamkan percakapan sebaik pihak SPRM menerima laporan mengenai perkara tersebut.

“SPRM turut memanggil sepuluh lagi individu untuk dirakam percakapan mereka termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan ahli perniagaan berkaitan,” kata sumber terbabit.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi NSTP mengesahkan SPRM sedang menyiasat pegawai kanan terbabit namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Terdahulu, sebuah portal dalam talian melaporkan SPRM menyiasat pegawai terbabit susulan dakwaan terima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk bantu selesai hutangnya dan dikeluarkan daripada status muflis.

Pegawai itu diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu dan status itu kekal hingga akhir Mei lalu apabila jabatan itu menerima beberapa bayaran daripada pelbagai pihak sebagai penyelesaian hutangnya.

“Bayaran itu dikatakan kebetulan berjaya dibuat beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

“SPRM menjalankan siasatan sama ada bantuan bayaran itu dengan niat untuk mendapatkan projek daripada Kementerian Pertahanan sebagai balasan,” kata laporan berkenaan.

Mohamad yang sebelum ini dikenali dengan gaya hidup sederhana namun baru-baru ini cetus kontroversi apabila dedah rahsia kelemahan aset pertahanan negara di Parlimen. – Agensi/Mynewshub.TV

* Video berikut sekadar hiasan…

Tags: Mohamad Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

05/09/2023
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) dapat menampung permintaan pasaran terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd